Saturday, February 26, 2011

Hamba

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang tersesat tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat.

Hari ini sambung tentang  عۡبُدُ ('abdun atau hamba)  seperti yang telah dijanjikan dalam iyyaaka tidak iyyaahu. Perkataan ini maknanya pelbagai:
  • Kuat/ kukuh seperti besi sehingga dalam bahasa 'Arab bermaksud yang lebar lagi pendekpun disebut 'abdun sebab kuat. Jika panjang tetapi kecil benda tu (mungkin) dah tak kuat.
  • Ada makna yang berlawanan daripada kuat iaitu lembut.
  • Tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan aroma harumpun disebut 'abdun.
Jadi jika dirangkaikan kesemua makna di atas iaitu kuat, kukuh, lembut, aroma wangi ini boleh memberi maksud bahawa seorang HAMBA itu mestilah kuat, sentiasa mahu membuat apa sahaja yang disuruh dengan lemah lembut/ ikhlas dan hasil perbuatannya pula mengeluarkan aroma wangi.

Menurut seorang ahlul bait iaitu al-Imam Jaafar as-ssadiq, menyatakan bahawasanya seseorang itu layak disebut hamba Allah apabila memenuhi TIGA SYARAT:

1)  TIDAK menganggap segala sesuatu yang ada pada dirinya sebagai hak miliknya (kesannya bila apa-apa sahaja yang ada pada dirinya diambil semula dia tidak berasa kehilangan). Hamba perlu sabar, qanaah dan syukur. Nabi bersabda: "Sebaik-baik kekayaan adalah kaya hati". Sebab bila hati dah terpaut dengan kekayaan, hati akan jadi mati.

Untuk mengubatinya kita kena hayati ayat yang selalu kita baca selepas solat supaya kita menyedari bahawa segala yang ada di langit dan di bumi semuanya milik Allah SWT.

A284
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:284)

2)  Segala usaha atau perbuatan hanya tertumpu kepada perintahNya. Maksudnya apa-apa sahaja yang ingin dilakukan kena  tanya dulu kepada diri adakah perbuatan itu sesuai dengan perintah Allah atau adakah itu larangan Allah. Jika sesuai dengan perintah Allah teruskanlah tetapi sekiranya tidak sesuai jangan teruskan. Ini selari dengan ayat:

A056

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)

3)  Tidak memastikan sesuatu perbuatan untuk dilaksanakan melainkan dengan mengaitkannya dengan keizinan Allah (Umpanya kita kata 'esok nak bangun awal, esok nak pergi rumah si polan,). Jangan pastikannya sebab manusia sebenaranya tak mampu buat apapun tanpa kehendak dan izinNya. Dengan memahami maksud insyaAllah, seseorang itu akan jadi hamba Allah yang patuh kerana menyedari la hawla wala quwwata illa billah.

Sebelum ini dalam مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ Maaliki yaumiddin dinyatakan bahawa Allah pemilik segala yang maujud, Allah pemilik dunia dan akhirat maknanya kita dah serahkan kepemilikan kepada Allah, bukankah hamba ini tidak ada hak memiliki? Hatta dirinya, serta untuk mengatur hidupnya pun dia tidak berhak. Jika hamba kepada manusia dia dijual beli, jika ingin berkahwin pun kena minta izin dan bila dah diizinkanpun dia kena minta kebenaran pula sekiranya ingin berpindah. Menjadi hamba kepada Allah lebihlah lagi, jadi apabila kita dah berserah kepada Allah apapun yang Allah buat kita tak boleh mempersoalkan. Jika memohon tak dapat janganlah susah hati atau merajuk. Kita tidak ada hak sedikitpun untuk menyoal sebaliknya kitalah yang akan disoal. (Al-Anbiyaa' [21] : 23). Sebagai hamba kita tak boleh soal tentang nikmat, tentang qadar dan qadha' Allah SWT, sebaliknya jika kita buat apa yang Allah larang kitalah yang akan dipertanggungjawabkan.

Jadi bila dah sedar semua ini, kita akan rasa kehadiran Allah SWT dan sedar betapa kecil dan lemahnya kita di hadapan Allah SWT.

Dalam al-Quran didapati setelah pakar al-Quran membuat kajian ditemui ayat-ayat yang Allah panggil hambaKu, hamba kepada Yang Maha Pengasih dan Penyayang. InsyaAllah jika diberi kekuatan akan sambung kepada siapa Allah panggil hambaKu atau hamba yang dinisbahkan kepadaNya.. apa yang baik daripada Allah dan segala yang tidak baik daripada kelemahan diri ini.

"Ya Allah! Perlihatkan kepadaku (kami) yang benar itu benar dan berilah aku (kami) kemampuan supaya aku  (kami) dapat mengikutinya. Ya Allah! Tunjukkan kepadaku (kami) yang batil itu batil dan berilah kekuatan bagiku (kami) menjauhinya".


Mudah2an memberi manfaat..amiin

14 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat perlindungan~Nya..

Allah memilih sendiri dengan ilmu dan kebijaksanaannya, Dia~lah penentu segala-galanya untuk kita.

Terima kasih berkongsi ilmu ini, kak!

Werdah said...

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh, Abd Razak.

Terima kasih mendoakan kak, semoga Abd Razak juga sentiasa sihat dan dalam rahmat kasih sayangNya.

Allah mengetahui apa yang akan berlaku kepada hamba-hambaNya sejak azali, semuanya berjalan atas qadar dan qadha'Nya dan kita pula hambaNya yang ingin dipanggil hambaNya perlulah memilih untuk taat beribadah hanya kepadaNya.

Mudah2an dengan segala upaya kita dan dengan pertolonganNya kita dapat membuat pilihan yang tepat. Kita juga mohon perlindungan daripadaNya agar kita tidak tersasar daripada jalanNya. Amiin

zulkbo said...

salam..
moga sihat selalu empunya blog..bila di renungkan memang jauh sekali perbandingan yang di utarakan pada diri saya..ambil contoh,anak kita, sayang kita padanya kadang-kala kita seolah lupa ianya milik Allah yang abadi..(kita hanya pemegang amanah)..asal bergaduh,luka ke apa..mula kita sibuk mencari salah orang lain..ermm..semoga Allah mendekatkan diri ku pada-Nya.

terokai seni said...

ya Allah

kenapa rasa cinta ini
sukar hadir
hingga aku sukar
merasakan keberadaan-Mu
terlalu dekat
lebih dekat dengan urat marikhku sendiri
ya Allah
gerangan
apa yang menutup hijabku
dengan hijab-Mu
bukakanlah ya Allah...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Zulkbo

Terima kasih atas doa, semoga Zul juga diberikan kekuatan dan kebaikan yang banyak.. amiin

Begitulah nampaknya kita sangat perlu diperingatkan dari masa ke masa, namanyapun kita manusia yang lemah. Namun peringatan Allah dalam surah pertama ini kita perlu pelajari.. sayangnya kita lambat belajar.. kakpun baru sahaja dapat belajar setelah sakit.. mungkin inilah salah satu hikmah mendapat sakit.. mudah2an kita sentiasa dapat muhasabah diri dan berusaha mengamalkan apa yang telah kita pelajari.InsyaAllah dengan sentiasa mohon petunjuk dan berusaha kita tetap berada di atas jalan yang lurus (siraatal mustaqim)..

Werdah said...

Salam cemomoi

Ya Allah, perkenankanlah permohonan sahabatku ini..

Kami hambaMu yang lemah sentiasa membuat permohonan 'ihdina'

Semoga Engkau tunjuki kami jalan yang lurus, Engkau bantu kami semua dalam mensyukuri nikmatMu dan menjadikan kami semuanya cinta kepadaMu.

Engkau amat megetahui keadaan kami, pertolonganMu jua kami pohon untuk membuka hijab antaraMu dan kami.. Allahumma Amiin.

Ros Illiyyuun said...

Assalamulaikum

Semoga Makcik sihat selalu.

Membaca entri ini memberikan banyak info kepada saya agar menyedari bahawa sebagai hamba kita tak punya apa-apa. Kosong.

Ada ilmu, harta atau apapun semua itu adalah milik Allah secara mutlak.

Kita hanyalah peminjam semata.

Sebagai peminjam pula tanggungjawab kita hendaklah menjaga dan mengurusnya dengan baik dan mengikut peraturan Allah.

Wallahu A'lam.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam warahmatullah, Ros:

Terima kasih mendoakan makcik.. insyaAllah tidak bertambah mudharat.. amiin

Benar tu Ros, alangkah baiknya jika kita sedar perkara ini.. jadi hidup kita tak perlu bimbang, kita cuma perlu berusaha dengan gigih memastikan segala yang diamanahkan kepada kita terpelihara, kerana kelak akan dipertanggungjawabkan. Diri kita menjadi saksi di samping saksi-saksi yang lain.

Semoga kita dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh memahami dan memgamalkan.

ong ong kedek kedek said...

dan hamba itu jua bila beribadat ade syaratnya:

1) ikhlas

2) cara yg betul menurut syara

Unknown said...

daifnya saya tiada apa dapat dikatakan cuma terima kasih kerana mengigatkan....

Werdah said...

Assalamu'alaikum Hasrul

Ya!.. tiada keikhlasan dalam beribadah ibarat debu yang tiada nilai. Setiap hamba juga perlu patuh kepada syariatullah dan sunnatullah serta tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun.

Werdah said...

Assalamu'alaikum Anakkhas

Sama-samalah kita ingatkan diri kita yang lemah ini. Semoga kita dapat berusaha bersungguh-sungguh mendidik jiwa..amiin

aby said...

salam k werdah,
contoh terbaik Hamba adalah Bilal bin Rabbah ..
wlupun kudratnya hebat,
sebagai hamba yg dimileki secara fisikal dia patuh pd tuannya ..
sebagai hamba pada penciptanya, wlupun dalam keadaan diseksa hatinya tetap ahadun ahad ..

sbb tu dalam perang Badar dgn senang dia dapat bunuh tuan dia, di abu Dajjal ( maaf klu silap, sering keliru dgn abu lahab )

begitula dgn kite,
ketaatan dan kesediaan kita bersujud menunjukan kita terima yg dia kita adalah hamba .. wlupun kita begitu gah ...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Tuan Bilal bin Rabah tu adalah Abu Jahal.

Itulah sebenarnya konsep pengucapan kita "La ilaha illallah"

Bila dah yakin itu maka pengabdian / peribatan / sembah hanya kepada Allah, buat sesauatu l lillah (kjerana Allah, untuk Allah, bagi Allah).. tidak sombong bila berhadapan dengan Allah. Mungkin jika kita kaji apa yang berlaku di hadapan Hajar Aswad.. adakah itu dinamakan tawadhuk kepada Allah jika kita singgung menyinggung hanya untuk mencium hajar aswad? dan banyak lagi... mudah2an kita menyedari..

Related Posts with Thumbnails