Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini sambung tulis tafsir ayat daripada surah al-Faatihah, ayat ke lima berbunyi:
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (Al-Faatihah 1:5)
ATAU selalu juga kita kata "AKAN DIKAU KAMI SEMBAH dan AKAN DIKAU KAMI MOHON PERTOLONGAN)
Ditulis dahulu tentang "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah (AKAN DIKAU KAMI SEMBAH)"
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ
Ibnul Qayyum al-Jauziah banyak menulis tentang ayat ini hingga dikatakan kitabnya itu setebal al-Quran.
Hadis sahih Muslim daripada Abu Hurairah ra : Allah berfirman al-Faatihah dibahagi dua bahagian, untuk Allah satu bahagian dan untuk hambaNya satu bahagian (mula daripada bismillah hingga iyyakana'budu untuk Allah dan mula daripada iyyakanasta'in hingga akhir surah untuk hambaNya)
Jika kita baca (sebut) alhamdulillah pula kenapa kita tak baca (sebut) alhamdulaka?
Alhamdulillah; kita tuju kepada orang ketiga sedangkan iyyaka kita tujukan kepada orang kedua. Orang tu berada di hadapan kita yakni yang disembah itu berada di hadapan kita, iyyaka maksudnya akan Dikau bukan akan Dia atau akanNya. Jadi di sini Allah nak ingatkan kita supaya jangan wujudkan penghalang antara kita dengan DIA Yang disembah yakni ALLAH.
Ini memberi pengajaran terbesar kepada kita:
PENGAJARAN PERTAMA:
Allah nak ajar kita bahawa tidak salah jika kita nak beri pujian tetapi dengan syarat pujian ini tidak diberikan secara langsung kepada yang dipuji. (Alhamdulillah - Segala Puji bagi Allah). Daripada segi agama, pujian yang diberikan di belakang seseorang itu akan jadi ikhlas sebab jika orang tu mampu menyatakan kebaikan orang lain di belakang itu adalah amat baik. Jika di hadapan mungkin ada udang di sebalik batu. (Sirah Nabi ada mengisahkan tentang Abu Suffiyan. Sebelum Islam beliau telah ke Habsyah dan bila dipanggali oleh Raja Habsyah untuk menceritakan perihal sifat Nabi.. masya Allah, Abu Suffiyan mengatakan segala-segalanya, semuanya baik, beliau tak dapat mengutuk nabi kerana memang sifat nabi amat baik, walhal di hadapan Nabi beliau memburuk-burukkan nabi.
::(Hadis Muslim: Nabi SAW bersabda: “Apabila kamu melihat orang-orang yang suka memuji orang di depan orang lain, kamu ambil pasir kamu tabur ke mukanya”.
“Jauhi oleh kamu sifat puji memuji di hadapan orang lain kerana pujian itu sembelih”
Diriwayatkan saidina Umar bin Khattab marah apabila melihat orang puji depan orang lain : “Sungguh kamu telah mengerat leher orang itu”.
Antara pintu-pintu syaitan ialah suka/gila dipuji iaitu berbuat sesuatu untuk menjadi orang yang dihormati.
Kalau orang puji kita katakan kita tak berhak menerima pujian.. kembalikan kepada Allah katakan: Alhamdulillah.. Maa SyaaAllah.. Laa Hawla Wala Quwwata illa billaah (Semua itu kehendak Allah.. Tiada daya (kekuatan) melainkan dengan pertolongan Allah). Jangan pula ucap terima kasih tanpa menisbahkan kepada Allah::
Semua yang antara dua tanda :: ini telahpun ditulis di sini (alhamdulillah).
Semua yang antara dua tanda :: ini telahpun ditulis di sini (alhamdulillah).
PENGAJARAN KEDUA:
Allah nak ajar kita bahawa membantu dan menolong orang yang kita puji sebab bukan semua orang seperti Saidina Abu Bakar yang bila dipuji tidak bertambah amalannya, jika dikeji pula tidak berkurang amalannya. (Lain dengan kita).
Pujian orang kepada kita sebenarnya tidak mmeberi keuntungan apa-apaun kepada kita. Di sini Allah beri pengajaran yang tersirat iaitu pujian hendaklah di belakang itupun nisbahkan kepada Allah.
Dalam Hadis yang lain, Jibril datang tanya apakah Iman, Islam dan Ihsan. Ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Allah, jika tidak, yakinlah Allah melihat engkau. Kena rasai kehadiran Zat Allah, jangan sembah kosong.
Salah satu contoh manusia yang patut kita jadikan teladan ialah kekasih Allah (Nabi Ibrahim as). Antara baginda dengan Allah tidak ada penghalang sehinggakan Ismail as anaknya yang jadi penghalang dikorbankan.
Jadi dengan memahami iyyaka bermakna tidak ada penghalang antara kita yang boleh kita jadikan alasan untuk tidak buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Kadang-kadang yang menjadi penghalang kepada kita cuma perkara kecil umpamanya kalau wanita (make up) susah nak make up semula (wal 'iyazubillah), manakala yang paling kuat mengahalang ialah nafsu kita.
نَ dalam نَعۡبُدُ
Allah ajar kita sebut na'budu bukan a'budu seperti dalam surah al-Kaafiruun. Dalam surah al-Faatihah ini kita kata na'budu kerana kita kena bagi tahu Allah bahawa kami sembah.
Kami sembah, bukan aku sembah. Di sinilah rahsia nun iaitu ciri khas ajaran Islam ialah kebersamaan atau kekitaan. Orang Muslim bersaudara, seorang Muslim juga mesti berasa selalu bersama dengan makhluk sekeliling (manusia, binatang, pokok dan lain-lain ciptaan Allah) jangan nafsi-nafsi. Mesti dapat rasakan bahawa orang Muslim dengan Muslim yang lain umpama satu bangunan, antara satu bahagian memperelokkan bahagian yang lain, umpama satu badan, bila satu anggota sakit semuanya turut rasa sakit. Jadi jika di masjid dalam saf terdapat ramai orang, tak perlulah duduk iftirasy atau tawarruk pada tahiyyat hingga tersepit kaki orang lain walaupun itu sunnah nabi. Sebab jika nak buat juga pasti tertekan kaki yang disebelah, ini tak betul.
Jadi jangan tukar nun kepada hamzah (jangan tukar na'budu kepada a'budu). Sekarang jika dilihat ramai yang tidak memahami erti na'budu ini. Apabila berlaku bencana misalnya macam-macam ulasan yang dibuat bagi mewajarkan musibah yang berlaku. Ketika itu sepatutnya rasa kepeduliaan yang tinggi diperlukan dengan segera bagi menyelamatkan aqidah pihak-pihak yang mengalami musibah tersebut. Sebenarnya umat Islam perlu mengutamakan saudaranya lebih daripada diri sendiri. Allah berfirman maksudnya:
"... dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya". (Al-Hasy-r 59:9)
Islam mengajar sampai ke peringkat jangan bakhil. Sifat bakhil ini amat dikutuk.
Ada pula orang yang amalannya ada riya'. Ini merupakan perkara yang menjadi penghalang (Allah tak mahu diduakan. Allah amat cemburu). Allah Zat Yang Maha Kaya tidak perlu kepada syarikat atau sekutu. Allah kata, jika Aku disekutukan maka Aku bebaskan dia daripadaKu.
Dengan menyedari perkara ini maka kita hendaklah sentiasa sedar akan kehadiran Allah di hadapan kita. Jangan wujudkan atau adakan halangan antara kita denganNya dan menjadikan 'kekitaan' amalan kita. InsyaAllah akan sambung dengan عۡبُدُ yakni HAMBA.. semoga Allah permudahkan.. amiin...
20 comments:
assalamualaikum kak werdah
terima kasih ya kak werdah atas perkongsian ilmu ini,ia sangat bermanfaat dan membantus aya dalam mendidik diri ini dan anak-anak serta murid-murid yang hendak mencari ilmu.sekali lagi, jazakillah khu kairan katsira.
Salam :)
Menarik entri ini,banyak pengisian untuk dijadikan sandaran dalam kehidupan yang penuh noda ini.
Saya kalau dipuji selalu ucap Alhamdulillah (Segala puji untuk Allah). Apakah ucapan Masha Allah dan La Quwwata illa billah itu adalah lebih baik? Mintak penjelasan ya...dan Alhamdulillah itu masih tidak memadai..
Jazakillah khayran kathira.
salam..
terima kasih penjelasan
ramai yang kurang faham..
harapan membantu..moga Allah
merahmati anda jua
جزاک اللہ خیر
Perkongsian yang sangat bermunafaat,teruskan mengongsikan ilmu.Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan kerahmatan.
salam
bertambah lagi ilmu...
Wa'alaikumussalam ummu
Semoga memberikan manfaat yang banyak kepada kita semua ya.. kak cuma kongsikan apa yang kak dengar dengan harapan ramai mempelajarinya.. kakpun masih banyak perlu belajar. Mudah2an Allah terima amalan kita kan.. amiin
Wa'alaikumussalam Ros..
Terima kasih atas teguran Ros tu.. sebenarnya alhamdulillah juga adalah ucapan yang patut kita ucapkan apabila kita dipuji, kemudian untuk lebih sempurna kita sebut maasyaAllah la hawla quwwata illa billah ataupun itu adalah kurnia Tuhanku untuk menguji aku sebagaimana ucapan nabi Sulaiman as.. sebenarnya lupa nak tulis tu.. ada dalam N3 - N3 sebelum ni. Itulah yang afdhal.. sebut alhamdulillahpun maksudnya kita dah nisbahkan kepada Allah dan harapnya dalam hati kita selari dengan ucapan kita..
InsyaAllah lepas ni makcik tambah dalam N3 ini ya.. terima kasih sekali lagi.
Wa'alaikumussalam Zulkbo
Semoga kita semua dapat ambil pelajaran daripada ceramah ustaz ni.. kak cuma kongsikan.. semoga Allah berkati usaha kita.. amiin
Wa'alaikumussalam Makbonda
Semoga Allah berikan kekuatan buatku.. insyaAllah.. la hawla wala quwwata illa billah.. terima kasih juga buat makbonda.. semoga Allah berkati kita semua.. amiin
Wa'alaikumussalam Kamsiah
Semoga kita dapat manfaatkannya ya, insyaAllah.. semoga Allah bantu kita..
Kepada Ros
Kata ustaz jika kita ucap terima kasih atau alhamdulillah tanpa ada perasaan dalam diri kita bahawa itu adalah pertolongan Allah.. maka ucapan kita itu tidak bermakna malah menambah keburukan maknanya mugkin kita akan rasa ujub dan sebagainya.. jadi seelok-eloknya ikuti dengan contoh alhamdulillah, Allah bagi kamu kepandaian, ini jika kita tujukan kepada anak didik kita.. ataupun alhamdulillah Allah beri kita kemampuan..
Salam...
Terima kasih respon.
Satu lagi saya nak tanya, selepas dipuji, menurut entri ini hendaklah diucap mashaAllah dan disambung dengan kalimah 'Laa Quwwataillabillaah'(tiada perkataan 'hawla wa laa ' dalam entri Makcik).
Minta penjelasan ye,terima kasih sekali lagi.
Wa'alaikumussalam lagi sekali Ros
Subhanallah... Itulah makcik ni.. dah semakpun tertinggal juga.. terima kasih ya Ros.. tersilap tu .. insyaAllah nanti makcik tambah la hawla wala tu ya.. (ya ucapan sebenar ialah la hawla wala quwwata illa billah) jika tertinggal tu dah jadi lain maksudnya kan...
Salam Kak Werdah,
Terima kasih berkongsi info yang sangat berguna ni untuk memberikan kefahaman yang lebih kepada kita setiap kali membaca alfatihah.
Wa'alaikumussalam Ani
Mudah2an dapat membaeri manfaat.. tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.. semoga Allah tetapkan kita di atas jalanNya.. amiin
salam k werdah,
berat pada jawi tp ringan dalam rumi,
maksud aby,
Iyyakanak ...
klu Iyya... bermakna tanda mati,
klu tanda sabdu ... mesti la Iyy ya..
sbb klu sabdu tu kene di doublekan huruf ..
silap sebut bunyi huruf boleh batal solat, tk cukup tekankan hukum tajwid dalam fathihah pun boleh cacatkan fathihah juga ..
apepun satu entri yg baik,
dapat aby tumpang ilmu yg k werdah sampaikan ...
Wa'alaikumussalam aby
Semalam kak semak dalam Muqaddam jawi dan rumi serta terjemahannya..
Ejaannya ialah Iyyaaka.. kak betulkan dalam N3 ya.. yy tu dah sabdu cuma kak kena jadikan ya tu panjang jadi yaa..
InsyaAllah kita jaga bacaannya dan kita ambil pengajaran daripada pelajaran di sini.. kakpun masih ulang dengar ceramah ni..
Terima kasih ya
alhamdulillah perkongsian yg boleh menambah ilmu :)
Salam Hasrul
InsyaAllah.. la hawla walaa quwwata illa billah
Salam semua yang baca N3 dan komen di sini..
Ini tentang hauqalah..boleh sebut la quwwata illa billah ataupun la hawla wala quwwata illa billah kerana kedua-duanya memberi maksud yang sama iaitu tiada kekuatan/daya melainkan dengan pertolongan Allah.
Post a Comment