Tuesday, April 21, 2009

:: MRI hari ini ::

MRI hari ini adalah kali ke empat..kali pertama Februari 2004 di hospital Sentosa.. kali kedua pun di hospital yang sama iaitu pada Februari 2006.. kali ketiga Mach 2008 di hospital Pusrawi.. dan hari ini April 2009 di hospital Ampang..


Kalau nak tau apa tu MRI boleh googles .. banyak persoalan dan jawapan boleh dicari dalam internet ni.. bukan apa.. saya pun kalau tak mengalami benda2 ni tak tau juga.. dan jangan terperanjat kalau ada nurse pun tak tau..saya ada dengar perbualan seorang nurse dengan pesakit masa menunggu di bilik khas saya..dia mengaku sungguh2 yang dia tak tau apa tu MRI..

Masa buat temujanji diHKL dulu diberi tarikh 25 April.. kami sebenarnya hairan juga kenapa dipilih hari Sabtu.. bukankah mana2 hospital pun tak akan buat temujanji pada hari Sabtu.. semalam persoalan terjawab bila nurse HKL telefon menyatakan kesilapan memberi tarikh.. dia lihat 25 Mei hari selasa.. jadi puan pergi ke hospital Ampang esok ya pukul 9 pagi ada kat sanaya..pesan nurse tu

Tadi pergi dengan anak no 4, Fadhlina yang sblm ini saya menamakan dia ina je..hari ini dia ada kelas petang jadi tak ada masalahlah nak bawa saya..dulu masa dia belajar di UTM johor baharu, anak saya yang nombor 3, suhida tapi kami selalu panggil dia kak ida, yang sentiasa membawa saya.. sehinggakan dia berhenti kerjalah krn nak bawa saya ulang alik ke hospital.. setahun jugalah dia tak bekerja tetapi rezeki frelance dia ada masa tu.. taklah susah sangat.. alhamdulillah.. anak2 mengerti.. semoga Allah memberikan ganjaran kepada mereka.. dan sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.. anak bungsu saya pula jauh di seberang lautan menimba ilmu.. namanya Nur Fadhilah.. kami semua panggil dia dhilah..masa di tingkatan satu.. dia lah yang menjaga saya di rumah.. terpaksa ambil cuti dari awal november 2003 hinggalah cuti sekolah bermula disember..ini kerana yang lain2 ada yang belajar dan ada yang bekerja..

Bertolak pukul 8.15 dan sampai 9.10 sebab jalan jem.. sampai kat kaunter 9.15 minta dipercepatkan kerana tak boleh duduk lama.. alhamdulillah .. kami disuruh masuk ke tempat MRI .. di sana disuruh berbaring dulu atas katil yang disediakan.. tak lama menunggu.. masuk ke bilik MRI.. salin baju kerana tak mahu ada sebarang besi ada pada badan kita..tak ingat nak tengok jam bila masuk ke tempat macam dalam gambar di atas..

Sebelum masuk tiub tu ditanyakan nama.. manalah tahu tersilap orang lak.. ada tak masukkan besi dalam badan.. tapi baru sekejap ni teringat yang petugas x-ray tu terlupa nak tanya fasal gigi palsu.. alamak.. MRI dah dibuat.. biarlah nak buat macam mana... saya pun tak tau kenapa kena tanggal gigi palsu tu... apa2 pun tunggulah result MRI tu nanti..

Sebenarnya masa di HKL dulu.. semasa disuruh buat MRI .. doktor yang arahkan buat MRI tu dah lengkapkan borang.. tanya semua maklumat.. ada ellergy ke tak.. ada gigi palsu ke.. ada masuk besi ke.. ada athma/lelah.. dan macam2 lagi.. saya cuma ada dua iaitu gigi palsu dan ellergi ubat tramadol sejenis ubat tahan sakit.. kalau makan ubat tu badan jadi gatal2.. macam ruam bila garu pedih dan merah badan.. semua dicatat dalam borang tu untuk dibawa ke hospital Ampang.. tapi dia orang kat hospital ampang ni tak telitilah tu.. Fasal ellergi hkl bagi ubat 8 biji dimakan 12 jam sebelum MRI dan 8 biji 2 jam sebelum MRI jadi semalam pukul 10 saya makan 8 biji dan kul 7 pagi tadi 8 biji lagi.. tengok kat label ubat dia tulis [STEROID -COVER UNTUK PROFILAKSIS] alamak.. steroid lagi.. fasal steroid ni saya akan buat entry lain insyaAllah.. profilaksis tu dalam bahasa inggeris Prophylaxis: A measure taken for the prevention of a disease or condition maksudnya ambil langkah awal supaya kesan allergi terhadap tramadol bagi kes saya tidak berlaku semasa atau selepas buat MRI..

Masa kat dalam tiub tu agak lama lebihkurang setengah jam.. bising.. dipakaikan ke telinga macam headphone.. kalau di Sentosa dia orang .pasang lagu.. lagu oh carol.. lagu omputih lama2 je..bersilih ganti.. takyah lah pasang lagu.. takleh concentrate nak zikir.. kat Pusrawi n kat hospital Ampang ni tak de lagu.. alhamdulillah.. dapatlah baca Fatihah.. bismillahillazi.. lailaahailla anta.. dan macam-macam lagi tapi kadang2 fikiran melayang juga.. melayang kat blog-blog.. terbayang buku-buku yang dibaca.. bila tersedar wirid lagi.. bising benda tu taklah teruk sangat.. bunyi kadang-kadang macam washing machine sedang spin.. kadang-kadang macam duk dak duk dak.. yang tak tahan duk dalam tu ialah tak boleh gerak.. tidur terlentang.. tangan sebelah tepi ..diletakkan kat tangan alat untuk ditekan jika ada masalah.. rasanya tak ada masalah cuma tiba2 rasa gatal kat dahi alamak.. takleh garu..belum habis hilang gatal kat situ gatal pula kat bahu sebelah kiri.. pastu jangkit lak ke bahu sebelah kanan.. pastu ke perut.. alamak.. zikir.. zikir..

Sampai masa keluar dari tiub.. tanpa warning tiub tu bergerak keluar.. petugas tu kata.. nasib baik tak bergerak.. kalau tak lama lah lagi..

alhamdulillah..Lantas bertanya selepas ni kena tunggu ke ambil report..

Tak payah.. nanti nurse HKL akan datang ambil hari Jumaat ni..

Jadi saya boleh balik lah selepas ni..

ya jawabnya.. alhamdullillah.. tengok jam 10.48

Saya pun salin semula pakaian saya dan terus menggaru tempat-tempat yang gatal tadi..Kami pun bergerak balik selepas memulangkan kerusi roda yang kami pinjam tadi.. selamat sampai rumah pukul 11.45..alhamdulillah.. terima kasih ya Allah kerana mempercepatkan urusan kami.


3 comments:

ar-rijal said...

asslamualikum puan.tertarik dengan kisah yang puan coretkan.terima kasih sekali lagi kerana link kn blog puan dgn saya.

semoga kehidupan puan dan keluarga puan mendapat redha Allah dan dalam keberkatan. Allah yubarrik fik..

kiranya puan seusia ibu saya.. :) saya gembira dan bangga dengan ketabahan Puan. Allah hanya beri ujian mengikut yang termampu hamba Nya untuk terima supaya hamba Nya mengenal hakikat ketuhanan.maka mungkin sekali ujian itu adalah rahmat kepada Puan untuk sesuatu yang lebih baik lagi daripada Allah kelak di akhirat...

werdah said...

wa'alaikumussalam,wrt,wbt. saya juga ucapkan terima kasih kerana membaca blog saya yang tak sepertinya..

ya..kalau tengok gambar en. tajul rijal tu.. rasanya sama umur dengan anak sulung saya.. boleh panggil mak cik pun saya ni.. tak apa..

terima kasih kerana memberi semangat supaya mak cik tabah dalam menghadapi ujian ini.. memang banyak hikmahnya.. kita je yang tidak tahu.. semoga dengan berkat doa en. tajul rijal ni kami sekeluarga diberi hidayah sepanjang masa.. dan untuk en tajul rijal sekeluarga makcik doakan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.. mak cik pun suka baca blog cetusan minda tu..

KeJora5 YusiTi said...

Salam.bt mri kt spital ampang ada kna byrn x

Related Posts with Thumbnails