Thursday, April 9, 2009

::Pembedahan, kikis dan gam:


Setelah pelbagai usaha dilakukan namun sakit semakin bertambah sehinggakan pada waktu bekerja saya sukar untuk berdiri dan berjalan, pergerakan menjadi amat perlahan, hendak mengajar dalam keadaan duduk tentu tidak sesuai.. pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang saya ajar tidak boleh dengan hanya duduk bercerita.. mungkin kalau mata pelajaran Bahasa Melayu boleh juga dimaafkan.. saya perlu melukis, membuat pengiraan bagi menjelaskan topik pengajaran saya.. waktu malam pula saya sukar untuk tidur sakitnya berdenyut-denyut sepanjang masa.. jadi setelah saya mengetahui bahawa saya mengalami slipped dics saya pun berjumpa doktor keluarga saya.. beliau cucuk kaki saya mungkin steroid tetapi masa itu manalah saya tahu berkenaan steroid ni.. cucuk je lah.. tetapi tidak mendatangkan kesan.. sedikit pun tidak berkurangan sakitnya..beliau juga mencadangkan saya berjumpa seorang doktor di Hospital Tawakkal..tak mahu tulis namanya di sini..

Pada ogos 2003 saya pun mula berjumpa doktor ini dan memberitahu masalah saya.. CT scan dijalankan.. dan benarlah bahawa saya mengalami slipped disc.. apabila melihat hasil CT scan, doktor ini mencadangkan supaya saya dibedah.. saya pun mula mendapatkan nasihat kawan-kawan.. tidak ada seorang pun yang tidak menahan saya malahan ada yang meminta supaya saya cepat-cepat menjalankan pembedahan.. maklumlah mereka melihat penderitaan sakit saya sekian lama dan saya tidaklah hendak menyalahkan mereka.. sebab sepatutnya saya beristikharah kepada Allah SWT..dan saya pula tidak mendapatkan second opinion daripada doktor lain.. dan suami pula turut menggesa saya menjalani pembedahan dan beliau tidak langsung ingat yang ada seorang kawannya sedang menderita ketika itu selepas pembedahan tulang belakang seperti saya.

Pada oktober 2003 selama 6 jam saya di bilik pembedahan.. setelah sekian lama keluar dari bilik itu saya pun sedar.. ketika itu termuntah-muntah.. itu pengalaman biasa selepas pembedahan.. saya tahu sebab saya dah mengalaminya sebelum ini.. seminggu saya terlantar di atas katil.. fisioterapi tidak dijalankan sepenuhnya.. adalah diajar cara bangun, cara duduk, baring , naik tangga n turun tangga dan dua kali agaknya dia buat tense kat bahagian sakit tu..

Nak tau.. semasa saya masih terbaring atas katil di hospital hari ketiga.. saya tengok tv.. NTV7, rancangan 7 di pihak anda.. kisah seorang wanita menjalani pembedahan seperti saya sebanyak 3 kali.. saya tak sempat dengar hospital mana..kali pertama masukkan besi, kali kedua infection.. dan kali ketiga skru pada besi tertanggal.. bayangkan betapa sakitnya.. saya mengangkat tangan berdoa " Ya Allah janganlah hendaknya perkara ini terjadi kepadaku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..amiin."

Pada tulang belakang wanita itu dimasukkan besi tetapi pada tulang belakang saya disapu gam.. gam!!!! entah gam uhu ke gam gajah ke saya pun tak tahu.. itulah salah saya mengapa tak ditanya terlebih dahulu apa yang hendak dibuat.. ini serah bulat-bulat pada tangan doktor tu.. entahlah..ada kawan saya yang sakit macam ni juga sejak 2002 ..dia komen "bukan salah kamu. kamu sakit dah bertahun-tahun, tentulah apa saja yang boleh hilangkan sakit kamu akan setuju.. saya faham sebab saya pun sakit macam tu juga" kawan saya ni belum lagi buat pembedahan sebab doktor yang ditemuinya tak macam doktor yang saya temui ini.

Selepas seminggu saya didischarge tetapi sakit betis saya tak juga hilang, nak bangun daripada katil terjerit-jerit juga.. kini ditambah pula sakit pada bahagian tulang yang dibedah dan digam tu.. merasalah saya menggunakan pampers..akibat banyak berbaring kepala saya berpusing-pusing..badan juga seakan berpusing laju seperti kipas layaknya dan kadang-kadang seperti terguling-guling.. aduh siksanya.. doktor yang bedah saya dihubungi.. tetapi sukarnya nak berinteraksi dengannya.. kami minta preskripsi ubat pun tak nak bagi akhirnya kami panggail doktor keluarga ke rumah.. apa sangat yang boleh dibuat, hanyalah pil pening kepala yang dibekalkan..tidak membantu langsung..deritanya..

Lupa pula nak nyatakan bahagian tulang belakang yang digam oleh doktor tu..bahagian antara L4 dengan L5.. kata doktor tu di situ bocor jadi dia keluarkan tisu lembut tu kemudian dia kikis bahagian tulang yang macam sirip ikan tu lalu dia tampalkan pada bahagian yang dikatakan bocor tu.. terfikirkah atau terbayangkah keadaannya.. kalau nak tahu juga kenalah cari-cari rajah atau gambar-gambar berkenaan sama ada di dlm laman web berkenaan atau artikel dlm surat khabar ataupun majalah.

Belum selesai lagi cerita saya..insyaAllah sambung lagi.. pengajaran di sini pandai-pandailah pilih doktor dan pandai-pandailah membuat keputusan biarpun sekecil-kecil masalah

No comments:

Related Posts with Thumbnails