Thursday, May 21, 2009

Ozone Theraphy

Bismillahirrahmanirrahim.



Hari ini saya nak tulis tentang rawatan ozon.. gambar di atas adalah salah satu alat yang digunakan.. saya copy daripada blog seseorang.. izinkan saya ya..

Saya jalani rawatan ini sebanyak 18 kali .. tarikhnya sama dengan tarikh rawatan chelation seperti yang saya tulis dalam entri chelation yang lepas

Rawatan ini mengambil masa setengah jam.. selepas rawatan ozon saya buat rawatan infra red pun selama setengah jam.. selepas infra red terus buat chelation yang kadang2 ambil masa lebih dp 3 jam

Ozon untuk tujuan perubatan dinamakan 'Medical Ozone' iaitu campuran ozon 0.05% - 5.00% dengan Oksigen 95.00% - 99.95% yang dihasilkan dalam bentuk gas

Terapi ozon ni berfungsi membekalkan oksigen dalam badan.. lebih banyak oksigen dalam badan bermakna lebih tenaga dihasilkan.. dengan itu pembuangan toksin lebih berkesan.. oksigen yang cukup juga membolehkan badan membaikpulih sendiri dan mengekalkan sistem ketahanan /imun badan

Menurut pembacaan saya kaedah ini amat berkesan bagi kebanyakan penyakit degeneratif, aids, keletihan kronik, kanser, arthritis dan saluran darah..

Rawatan ini juga boleh digunakan sebagai profilaktis bagi menangani virus, bakteria, dan radikal bebas yang berbahaya sebelum kemunculan penyakit

Individu yang sihat juga boleh menjalani rawatan ini untuk rejunevasi sel.. Ada beberapa cara terapi ini dilakukan.. ada disebut Cara Pemberian Terus Ozon, ada Autohemoterapi Major dan macam-macam lagi.. kalau nak tau lebih lanjut boleh search ozone theraphy pada web..

Terapi ini berfaedah bagi mencegah dan mengubati pelbagai penyakit khususnya yang ada pada darah.. contohnya penyakit yang disebabkan kekentalan darah yang tinggi/darah pekat.. hipertension, hipotension, kolesterol tinggi, kencing manis dan melambatkan proses penuaan, menghaluskan dan memutihkan kulit..

Macam doktor pula saya ni..

Ya lah.. bila dah dapat sakit.. kita perlukan rawatan.. bila kita cari tempat rawatan kita kena tahu apa sebenarnya rawatan tu..

Alhamdulillah.. dengan rawatan ini saya rasa sihat.. walau bagaimanapun keadaan tulang belakang saya semakin hari semakin teruk..

Belum ada rezeki..
Hikmahnya.. mungkin kalau tak dapat sakit saya masih tak belajar banyak..
Ya lah asyik bekerja..
Masa solat pun ingat kerja..
Masa tidur pun ingat kerja..
Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang kita tak tahu
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Boleh baca tentang terapi ozon oleh Pusat Rawatan Kampong Baru.

2 comments:

muced said...

salam, nak tanye brape kos sbenar rawatan ozon?

Werdah said...

Wa'alaikumussalam.

Harga berbeza antara tempat.. ada rm50 setiap kali rawatan.. kalau 10 kali maknanya rm500 itu untuk yang biasa.. boleh tanya di pusat rawatan berkenaan iaitu Kg Baru atau dgn dr noorlaily di bukit antara bangsa, ada juga di tempat lain.. boleh google kut.

Related Posts with Thumbnails