Saturday, June 6, 2009

Acupanture

Dalam tahun 1997, sebelum buat operation slipped disc kali pertama, saya buat akupantur beberapa kali di Puchong.. masa tu kami chikgu2 beramai2 dari sekolah, selepas habis mengajar pergi ke sana.. sesi akupantur lebihkurang satu jam. Kemudian saya berhenti kerana merasakan tak ada perubahan pada sakit betis saya.

Kemudian selepas operation saya buat lagi akupantur.. kali ini di Sungai Buloh 13 kali.. di sini jarum tu di pusing2 oleh tabib tu.. kadang2 terasa arus letrik menjalar dalam badan terutama pada kaki.. takut sangat masa tu.. tapi tabib tu kata kalau ada arus letrik maknanya berkesan.. Mulanya dijanjikan 12 kali mesti baik.. pada kali 12 tu saya dah semacam susah nak bergerak.. lemah lutut macam tu.. jadi untuk hilangkan lemah lutut tu saya sambung sampai 13 kali.. lepas tu saya berhenti buat akupantur dengan tabib di Sungai Buloh ni.. ini dibuat pada awal 2004 hingga April 2004.

Selepas beberapa lama berhenti, pada awal 2005 saya cuba pula akupantur di USJ.. orang yang sama semasa saya buat di Puchong dahulu.. kali ini saya teruskan 40 kali atau lebih.. Di USJ ni saya tak rasa ada apa2 perubahan tapi teruskan kerana nak juga cuba manalah tahu akan ada perkembangan yang menggembirakan..

Selepas itu pada awal Januari 2007, saya buat chiropraktik di Cheras.. doktor di sini sarankan saya buat juga akupantur.. jadi saya buat akupantur di Cheras ini lebih daripada 10 kali.. Di sini saya rasa banyak juga perubahan tapi bukan untuk tulang belakang saya.. perubahannya terasa parut pembedahan dah hilang.. kalau dibuat perbandingan dan dirating saya rasa di Cheras ni terbaik.. di Sungai Buloh no 2 dan di USJ terakhir..

Gambar2 di bawah bukan gambar saya tetapi itulah kaedah yang dibuat untuk saya.. ada juga di buat dicuping telinga.. katanya untk kurangkan rasa lapar.. seterusnya boleh mengurangkan berat badan


Ada diletak jarum di atas kening

Dan ada di belakang


Ada di bahu dan di tengkuk


Dan ada dibuat moxibuction seperti gambar di bawah




Selepas itu dicupping/bekam

Moxibuction dan bekam ini dibuat di Cheras.. di sini tabib tu tak pusing2 jarum tu.. kadang2 masa mula nak pasang jarum ada arus letrik.. jangan takut katanya.. kalau ada arus letrik tu elok.. samalah seperti yang diberitahu oleh tabib di Sungai Buloh..

4 comments:

suhida said...

Da mak takut2 tu, bnyk kali gak mak wat akupunktur kan,mak?hehe..

Werdah said...

Aa.. yang kat cheras tu belum habis lagi.. dah bayar siap2 pakej murah sikit.. tp tak tau lagi bila nak sambung

Pemilik Sekeping HAti said...

suka entry nih

Werdah said...

>> saleem..

:p

Related Posts with Thumbnails