Tuesday, December 22, 2009

Puji dan Syukur

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Pembaca sekalian, tulisan ini adalah hasil daripada catatan saya semasa mendengar ceramah tentang Alhamdulillah yakni ucapan pujian atau kesyukuran.

Sifat Rububiyah Allah ialah mengurus segala yang diperlukan oleh semua makhluk ciptaanNya termasuk manusia. Segala yang diperlukan oleh manusia telahpun disediakan sebelum manusia diciptakan.

Kita sebagai makhluk tidak perlu rasa khuatir kerana Alah Rabb telah sediakan. Alhamdulillah ialah pujian dan syukur kepada Rububiyah Allah kerana Allah (Rabb) memelihara, mendidik, mengurus, mengatur segala ciptaanNya; khususnya manusia melalui 4 nikmat seperti dalam al-Quran al-Karim melalui 4 surah daripada 114 surah yang Allah mulakan dengan ucapan Alhamdulillah / ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ

PERTAMA: Dalam surah al-An'am yakni surah ke enam:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَجَعَلَ ٱلظُّلُمَـٰتِ وَٱلنُّورَ‌ۖ ثُمَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّہِمۡ يَعۡدِلُونَ


Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka. (Q.S. Al-An'am [6] : 1)

Dalam ayat ini; Alhamdulillah ialah pujian dan syukur kepada Rububiyah Allah kerana terciptanya langit dan bumi dan segala isinya. Allah ciptakan secara percuma untuk manusia. Allah ciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk membahagiakan manusia yang hidup di antara keduanya. Allah (Rabb) memelihara, mendidik, mengurus, mengatur manusia supaya bahagia atau senang di dunia dan senang juga di akhirat. Jika nak dihitung nikmat Allah tak terhitung dik terlalu banyak. Diberinya udara untuk kita hirup, bayangkan jika tak ada udara dapatkan kita bernafas.


KEDUA: Dalam surah al-Kahfi iaitu surah ke 18 ayat 1;

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَـٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُ ۥ عِوَجَاۜ (١


Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Q.S. Al-Kahfi [18] : 1)

Dalam ayat ini kita wajib puji dan syukur kepada Allah swt kerana menurunkan kitab al-Quran. Sukar nak faham kenapa Allah suruh puji dan syukur kerana diturunkan al-Quran? Nikmat al-Quran lebih besar daripada bumi serta langit dan segala isinya, kenapa? Bayangkanlah jika tidak diturunkan al-Quran hidup menjadi kucar kacir. Dengan tidak ada petunjuk dapatkah manusia menuju arah yang betul? Bayangkan jika di jalan raya tidak ada 'traffic light' walaupun sekejap, apa yang terjadi, sudah tentu tersangkut berjam-jam tak dapat ke depan atau ke belakang.

Maklumat dalam al-Quran boleh mengubah nasib manusia, yakni daripada calon ahli neraka kepada calon ahli syurga. Contohnya Sayyidina Umar bin Khattab dahulunya adalah calon ahli neraka tetapi selepas turunnya al-Quran berubah menjadi calon ahli syurga dan banyak lagi.

KETIGA: Dalam surah Saba' yakni surah ke 34 ayat 1;

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُ فِى ٱلۡأَخِرَةِۚ وَهُوَ ٱلۡحَكِيمُ ٱلۡخَبِيرُ (١


Segala puji tertentu bagi Allah Yang Memiliki dan Menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dialah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Q.S. Saba' [34] : 1)


Dalam ayat ini Allah menyatakan patut puji dan syukur kerana Allah jadikan langit, bumi dan segala isinya dan akhirat. Nikmat Allah di akhirat ialah syurga yang Allah sediakan kepada orang-orang yang berbuat kebaikan semasa berada di dunia. Allah bagi tahu kita jika buat baik balasannya syurga; buat jahat balasannya neraka. Kalau manusia tak percaya akan adanya akhirat dan balasan-balasanya; lalu apakah yang akan membuatkan manusia berikhtiar untuk berbuat baik dan meninggalkan laranganNya?

Jika tidak ada nikmat di akhirat sia-sialah hidup manusia. Ini adalah satu bentuk kasih sayang allah kepada manusia. Allah beritahu kita apakah amalan-amalan yang boleh bawa kita ke syurga atau neraka; jika tak diberitahu tentu kita tak bersedia dengan amalan yang baik.

KE EMPAT: Dalam surah Fatir; surah 35 ayat 1;

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ فَاطِرِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ جَاعِلِ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ رُسُلاً أُوْلِىٓ أَجۡنِحَةٍ۬ مَّثۡنَىٰ وَثُلَـٰثَ وَرُبَـٰعَۚ يَزِيدُ فِى ٱلۡخَلۡقِ مَا يَشَآءُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (١

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Q.S. Fatir [35] : 1)

Dalam ayat ini Allah menyuruh kita memuji dan syukur kerana Allah turunkan malaikat-malaikat dengan pelbagai tugas; ada yang menjaga manusia, jika tak mengantuk dingantukkan, ada yang menjadikan org koma kerana terlalu sakit, bila dah koma hilanglah rasa sakit; bayangkan jika tak mengantuk asyik berjaga. Ada malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan, menjaga manusia di jalan-jalan dan pelbagai tugas lagi termasuk menulis amalan manusia.

5 comments:

abu muaz said...

kita (makhluk) yang sering melupai pencipta yang memberikan pelbagai kemudahan dalam dunia ini.semoga kita tidak termasuk dalam kelompok yang tidak mensyukuri ni'matnya.

Werdah said...

Salam Abu Muaz,

Mudah2an kita selalu ingat siapa kita dan sentiasa bertaubat memohon ampun atas kelalaian kita.

arizWanmerahs said...

Salam Werdah,

Terimakasih, artikel yg bagus kat atas ni. Al Quran itulah nikmat terbesar yang Allah SWT berikan pada umat manusia ni. Tanpa Al Quran maka pasti pincanglah kehidupan manusia ni buat selama2nya. Untuk mensyukuri atas kenikmatan yg besar ini maka bacalah Al Quran setiap hari paling kurang pun 10 ayat, pelajarilah maksudnya dan berazamlah untuk beramal dengannya.. Kebanyakan manusia hanya sedarkan nikmat pemberian Allah ini hanya setelah kenikmatan yang sedang ia kecapi ini ditarik dari dirinya.. Wallahu a'lam..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam saiful,

Memang benar tanpa al-quran hidup jadi kucar kacir.. mudah2an saranan saiful dapat diusahakan oleh setiap kita yang mengaku umat Nabi Muhammad saw.. ramai juga yang mempraktikkan membaca al-quran dan mengkhatamkannya setiap minggu.. namun ada juga langsung tak mempedulikannya..
Ada yg membaca tanpa memahami tambah2 lagi nak amalkan apa yang disuruh.. bimbang juga akan hal ini.

Arif Iskandar said...

Salam Werdah,

Blog yang sangat baik..jelas dan terang..

Izinkan saya letak blog anda di bloglist saya ya.

Related Posts with Thumbnails