Tuesday, October 19, 2010

Proses Membaikpulih/prolotherapy

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikutnya.

Alhamdulillah pagi tadi ke Klinik Keluarga dan Surgeri di PJU, Pusat Perdagangan Pelangi di Petaling Jaya.

Baru inject di tiga tempat iaitu di pinggul sebelah kiri. Tidaklah sakit seperti yang dibayangkan sebelum ini. Sebelum sesi inject doktor Zul terangkan semua perkara tentang rawatan ini. Rawatan prolotherapy sebenarnya kebalikan daripada ubat penahan sakit dan steroid. Jika kita makan ubat tahan sakit, proses pemulihan dihentikan. Kita akan rasa kurang sakit bila makan ubat seperti voltaren atau celeberax dan sebagainya. Bila kesan ubat hilang kita akan sakit semula. Prolotheraphy pula membaikpulih sel-sel atau rawan yang telah kendur.

Amat berharap rawatan kali ini berhasil. Rasanya banyak kali nak kena inject. Bila balik, cari dalam youtube. Rupanya banyak yang dipaparkan di sana. Yang di bawah ini dibuat oleh Dr. Ross A. Hauser, Illinois.






16 comments:

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah...

Semoga kakak sentiasa dalam rahmat dan redha~NYA serta dilimpahkan kesihatan yang baik..

Moga usaha kakak membuahkan hasil, dapat beribadah dengan sempurna dan menjalankan kehidupan berpandukan syariat.

Jaga diri, kak!

terokai seni said...

moga akak sihat sokmo...

seriau dok ingat kena enjet nih

Werdah said...

Salam Abd razak.

Terima kasih atas doa dan nasihat yang sentiasa menjadikan kak lebih berwaspada.. Risau juga kalau-kalau tak selaras dengan ilmu yang telah dipelajari.Mudah2an berubat cara ini mendatangkan perubahan besar kepada kak.

Semoga Abd Razak juga sentiasa dalam rahmat dan redha~NYA serta dilimpahkan kesihatan yang baik..

Werdah said...

Salam cemomoi.

Terima aksih atas doa.

Dengan doktor Zul ni taklah seperti dalam youyube tu.. dr Zul inject sangat gentle.. tak sakitpun.. insyaAllah.

piewahid said...

salam,
moga tabah dan beroleh as shifa'.

insya-Allah saya memahaminya dan eloklah dikongsi sebagai satu peringatan sesama kita.

semoga kita lebih menghargai segala nikmat yg dipinjamkan-Nya dan belajar erti sebenar kesabaran melalui pengalaman kengkawan.

Werdah said...

Salam piewahid.

Terima kasih atas segala nasihat dan doa. Semoga piewahid juga beroleh kesembuhan. InsyaAllah akan sabar dan sentiasa muhasabah diri.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Ziarah Kak Werdah,


Terima kasih kak.

Saya nak bgtau pada emak pasal n3 akak ni.

Ros Illiyyuun said...

Salam ...

Semoga akak sihat selalu, seterusnya dapat beribadat dengan lebih baik lagi... :)

Werdah said...

Salam Azrina.

InsyaAllah, boleh cuba untuk mak azrina.. cara yang dr Zul buat ni tak seperti dr Ross yang agak menakutkan. Dr Zul cuma inject pada tempat-tempat sakit yang dia rasa dengan jarinya terlebih dahulu. Hanya satu jarum untuk satu tempat yang sakit.. bukan cucuk dan cucuk banyak-banyak kali untuk satu jarum tanpa rasa tempat terlebih dahulu.

Tentang demam tu, tak semua orang demam, kak alhamdulillah dah 8 tempat cucuk tak demam.

Werdah said...

Salam Ros.

Terima kasih atas doa sekaligus merupakan suntikan semangat buat kak. Mudah2an Ros beroleh kebaikan yang banyak.

Allahumma Amiin

Lynn Nasir said...

salam kak werdah,

saya tgk gambar je dah ngeri..tapi bg pihak akak pula, terpaksa redha aje la ye? demi kesihatan..

semoga akak terus tabah!

fadhlina said...

semoga lekas sembuh sepenuhnya.. bolehla bawak saya jalan-jalan naik kereta pula :)

Werdah said...

Salam Lynn.

Bila tengok dalam video tu memang rasa takut sebab dr Ross tu main cucuk je.. dr Zul ni dia tak buat begitu, dibuat setempat sekali cucuk, tak rasa sakit.

Mudah2an kak diberikan kekuatan menghadapi semua ini. Terima kasih ya krn doakan kak.

Werdah said...

Salam Ina.

Mudah2an dengan pertolongan Allah jua mak segera sembuh.. tang nak bawa jalan-jalan naik keta tu, takpalah mak duduk sebelah je lah.. lagi best orang bawa... dah lama tak bawa keta entah2 dah lupa mana satu brek mana satu minyak ... :))))

ckg rash said...

salam...

di doakan agar makcik tabah menghadapinya & dapat beribadah pdNya dgn baik...

sebenarnya saya pun ngeri tengok dr ros tu buat... pakai hentam cucuk je.

Werdah said...

Salam ckg rash.

Terima kasih atas doa.

Yalah, makcikpun seriau tp dr Zul tak buat begitu. Alhamdulillah, dr Zul rasakan dulu tempat yang sakit baru dicucuk satu jarum satu tempat.

Related Posts with Thumbnails