Bismillahirrahmanirrahim.
Segala pujian bagi Allah, selawat serta salam buat
junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikutnya.
Segala pujian bagi Allah, selawat serta salam buat
junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikutnya.
Semalam ke blog Iskandar Muslim dan tengok video di bawah ni.
Mungkin ramai dah tau.
Menceritakan tentang seorang ustaz yang bernama Ustaz Muhammad Aziz
seorang warga Mesir lahir di Tanta, Mesir
yang mampu bercakap dalam bahasa Melayu, dan juga
dalam dialek kelantan. Agak kelakar juga pada mulanya namun
boleh diambil iktibar bahawa kita
perlu berusaha baru boleh menguasai sesuatu bahasa.
Dan semestinya dalam semua perkara
kena kerja gigih dan ikhlas.
Jika kamu berada di pagi hari janganlah kamu menunggu senja tiba,
hari inilah yang akan anda jalani, bukan kelmarin yang telah berlalu
dengan segala kebaikan dan keburukannya [link]
Tadi ke klinik, mendapatkan meklumat lanjut
tentang Prolotherapy. Dulu rasa bimbang juga tentang kesannya,
kini rasanya bolehlah terima.. insyaAllah akan jalani rawatan pada
hari Selasa depan..
hari inilah yang akan anda jalani, bukan kelmarin yang telah berlalu
dengan segala kebaikan dan keburukannya [link]
Tadi ke klinik, mendapatkan meklumat lanjut
tentang Prolotherapy. Dulu rasa bimbang juga tentang kesannya,
kini rasanya bolehlah terima.. insyaAllah akan jalani rawatan pada
hari Selasa depan..
12 comments:
heem... masa dok klantan time time take five untuk peserta ceramah, saya pasangkan video ni nak bagi dorang tak boring
salam werdah..terima kasih..senyum sendiri bila tengok video ni..fasih betul kan..bila dia cakap dailek kelantan..
Salam kak werdah...
Moga kakak sihat hendaknya...
Jujurnya saya memang tak pandai cakap dialek kelantan tapi boleh faham..:)
Hebat pak arab ni memang pandai..
Salam cemomoi.
Ya lah, memang tak bosan, bila melihat kefasihannya dan rupanya seperti melayu kelantan tulin.
Salam kak Erna.
Kak dan anak2pun seperti tak percaya benar ke dia ni tok Arab. Gelihati pulak kan.
Salam Abd Razak,
Kak alhamdulillah sihat. Semoga Abd Razak juga sihat di sana.
Kak ni orang petani, pun tak pandai nak cakap dialek kelantan, macam Abd Razak juga dengar faham sikit-sikit je.
Salam Kak Werdah...
Hebat ...itu jer perkataan yg zai boleh katakan mengenai video ni..benarlah tiada perkara yg mustahil dalam dunia ini utk berlaku..dan kefasihannya bertutur dalam dialek kelantan dgn begitu fasih mmg sangat mengujakan...
salam k werdah ...
pak arab ni dah pandai ckp arab, jgn plak merusuh bile tengok perlawanan bola nanti ...
ha..ha... sekadar melawak ..
runtuh hati bile selangor kene 3-0 dgn kelantan ...
Salam Zai.
Allah menolong hambaNya yang berusaha. Apa lagi jika bukan begitu kan. Tiada daya dan upaya melainkan dgn pertolongan Allah, dan Allah tidak mengubah nasib sst kaum melainkan dgn usaha kaum itu. memang mengujakan.
Salam aby.
Tersenyum sorang-sorang ni.. mungkin tidak kut, diapun duk gelakkan mat rempit di sini...:)))
Salam Werdah, baru tgk video ustaz Mesir ckp melayu dialek Kelantan, fasih benar dia ni, katanya dah sepuluh tahun belajar, jadi tak hairanlah. lagi ada tip cara belajar gitu. Terimakasih Werdah. Cantik ar latar belakang blogmu hehee..
Salam saiful.
Kadang-kadang berfikir kenapa di negara kita belajar Bahasa Inggeris selama sebelas tahun pun masih belum fasih. Pasti ada silapnya kan. Kena praktis selalu.
Terima kasih.. blog saiful pun apa kurangnya kan.. terima kasih kepada pereka latar belakang blog.
Post a Comment