Wednesday, November 3, 2010

Nak Sabar atau Tahan Ujian


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Hari ini sambung tentang tajuk 'Khusyuk'. Sebelum ini dibincangkan tentang mintalah pertolongan kepada Allah yang bermakna kita boleh bawa masalah kita dalam solat, namun kita kena bawa masalah yang besar-besar, dengan itu kita akan dapat khusyuk.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya". (al-Baqarah [2] : 45-46)

POIN KEDUA ialah jika kita ingin khusyuk dalam solat kita hendaklah sabar. Khusyuk sangat erat dengan sabar. Hanya orang yang sabar sahajalah yang akan menikmati khusyuk.

Walaupun sabar mempunyai pelbagai definisi, namun dalam konteks khusyuk dalam solat ini ada dua pengertian:

1) Tidak tergesa-gesa atau tidak terburu-buru atau cepat.
2) Tahan diuji/tahan ujian.

Orang yang melakukan solat dengan tergsa-gesa pasti tak khusyuk. Fikirannya akan melayang memikirkan masalah yang wujud sebelum solat, bukan masalah yang dia telah rakamkan dalam memori seperti yang dibincangkan sebelum ini malah sebaliknya dia mengingatkan tugasan yang mesti diselesaikan dengan segera sebab ada time limit. Dalam hal ini perlu pilih antara dua sama ada nak selesaikan dulu tugasan ataupun nak solat. Jika nak solat juga dia perlulah tahan diuji, maknanya dia hendaklah jangan membawa masalah tugasan yang dia belum selesaikan itu. Banyak lagi contoh yang boleh diambil yakni mungkin menunggu panggilan telefon, menunggu ketibaan tetamu dan macam-macam masalah lagi.

Nabi Muhammad saw juga berpesan, jika tiba masa nak solat dan sajian telah terhidang, makanlah dulu supaya solat tak tergesa-gesa. Jika nak solat juga silakan tapi perlulah tahan jangan teringat-ingat akan hidangan tadi.

Begitu juga bila terasa nak buang air besar (maaf) atau angin seperti nak pecah perut kerana menahan, hendaklah dilepaskan dulu, supaya khusyuk, jika nak juga solat sabarlah, tahanlah supaya tak menganggu khusyuk.

Kita pasti telah mendengar riwayat bahawa Rasulullah saw pada satu ketika bila mengimamkan solat , Rasulullah saw mula dengan sangat perlahan tetapi selepas mendengar tangisan bayi nabi mempercepatkan solatnya. Nabi amat prihatin kerana Nabi bayangkan perasaan ibu bayi tersebut, pasti ibu itu tidak khusyuk.

Nabi juga pernah berkata bila cuaca panas teruk tunggulah sejuk (supaya solat tenang). Di Madinah dulu tidak ada penghawa dingin, kipaspun tak ada. Jadi jika waktu zohor amat panas jadi boleh solat selepas matahari agak tergelincir ke arah Barat. Subhanallah.

Bila lapar makan dulu, bila mengantuk tidur dulu supaya masalah ini tidak dibawa ke dalam solat. INGAT masalah yang perlu dibawa bukanlah masalah lapar dan mengantuk ini tapi yang besar-besar seperti yang dibincangkan dahulu. Sebelum solat kita letak dulu dalam fikiran kita masalah dan semasa berdoa dan memuji kita boleh terus kemukakan kepada Allah.

Ayat lain tentang khusyuk:

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar". (al-Baqarah [2] : 153)

Jadi nak solat kena sabar tak boleh tergesa-gesa. Kadang-kadang kita menunggu panggilan telefon yang penting, bila sedang solat telefon berdering lalu kitapun solat dengan laju dan tak tahu apapun yang kita ucapkan dalam solat. Maka jadilah solat hanya untuk menggugurkan kewajipan. Subhanallah! Kita solat rajin Allah tak untung, kita tak solat Allah tak rugi. Begitu juga dengan khusyuk Allah Maha Kaya.

Bayangkan solat Nabi Zakaria. Selesai solat Nabi Zakaria lega. Sebab dalam solat dia dapat berkomunikasi dengan Allah. Dia mencurahkan rasa hatinya kemudian selepas dicurahkan segala rasa hati, Allah pula menjawab lalu Nabi Zakaria menemui kelazatan solat. Bayangkan jika tiap-tiap kali solat dapat kenikmatan seperti ini , kita rasa bahawa Allah itu amat dekat dengan kita dan bersedia mengabulkan segala permohonan kita, tidakkah kita rasa bahagia.

POIN KETIGA:

Untuk khusyuk dalam solat kita kena yakin bahawa kita akan bertemu dengan Allah ketika solat dan juga ketika kita di akhirat nanti.

Ketika solat yakin bertemu Allah, Nabi kata IHSAN, "Beribadah kepada Allah dalam keadaan seakan-akan kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu".

Peringkat khusyuk ini sukar diperoleh kecuali setelah dapat mencapai yang pertama dan kedua sebelum ini iaitu dapat merasakan kita ini amat memerlukan Allah dan tidak tergesa-gesa. Nabi Zakaria merasa bertemu Allah dalam solatnya lalu selapas solat baginda lega kerana dia merasakan dapat mencurahkan segala isi hatinya kepada orang yang dia yakini dapat menolongnya.

(Kita tak boleh kata "Itu nabi! bolehlah!, tidak! al-Quran bukan untuk Nabi-nabi semata-mata, al-Quran untuk semua manusia, dan ayat-ayat Allah untuk kita semua . Allah berfirman :

"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman". (Yusuf [12] : 111) .

Syarat untuk dapat IHSAN, kena sentiasa membina suasana saling berhubungan dengan Allah, saling mengingati. Kena sedar Allah itu dekat, sedar Allah sedang melihat diri kita dalam apa jua keadaan kita, di dalam setiap aktiviti yang kita lakukan, kena sedar bahawa kehidupan kita ini adalah ketentuan Allah swt dan barulah kita mampu mencapai khusyuk dalam solat. Ini bermaksud kita khusyuk dalam semua ibadah kita seperti yang kita ungkapkan dalam solat. Solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah sekelian alam.

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, pasti Aku mengingati kamu, dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur . (al-Baqarah [2] : 152)

Dalam ayat di atas Allah kata, ingatlah kamu akan Aku pasti Aku ingat kamu. Jadi mustahklah kita sentiasa pertahankan hubungan ini. Semasa solat kita berdoa, berzikir, begitu juga selepas solat yakni kita kena pertahankan dengan syukur bukan kufur. Ini bermakna sepanjang masa kita kena ingat Allah, sebelum tidur berdoa, bangun, makan, masuk ke bilik air dan pendek kata dalam semua ibadah kita termasuk dalam mencari rezeki, kita ingat Allah.

"Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai". (al-A'raaf [7] : 205)

Dalam ayat di atas, lalai adalah berkaitan dengan hati, jika kita lalai bermakna kita tidak ingat Allah, Allah pula suruh kita sentiasa sebut serta ingat namaNya dalam hati (maksudnya jika kita berzikir tak perlu dengan suara yang keras dan laju sehingga kita tak faham apa sebenarnya yang kita ungkapkan - jangan jadi burung kakak tua). Kemudian dalam ayat itu Allah sebut pagi dan petang, itu maknanya sepanjang masa kita kena ingat Allah, bukan pada waktu solat semata-mata, dan kita tak boleh lalai daripada mengingati Allah. Jadi mengekalkan hubungan saling mengingati ini amat penting. Bila kita yakin kita bertemu Allah kita juga yakin doa kita akan dimakbulkan dan kita jadi lega.

CERITA:

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari. (Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku yang baik kepada lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam. (Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya): Bawa balik kuda itu kepadaku; maka dia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor)". (Sad [38] : 31 - 33)

Dikisahkan bahawa Nabi Sulaiman as pada suatu petang leka dengan latihan perang untuk kuda-kudanya yang tangkas hingga Nabi yang mulia itu terleka untuk mengingati Allah swt. Dalam ayat itu Allah gunakan perkataan hubbul khair (kesukaan yang baik) yakni semasa menyaksikan pertunjukan itu, kuda-kuda yang digunakan ialah kuda untuk perang fi sabillillah.. Jadi baik di sini ialah melatih kuda supaya tangkas berlari. Jadi di sini yang menghalang kita untuk khusyuk ialah hobi. Kita dinasihatkan supaya berhati-hati dengan hobi kita. Hobi yang baik sekalipun menyebabkan kelalaian apatah lagi hobi yang tidak baik.

Untuk kali ini saya berhenti di sini. Mudah2an dapatlah disambung lagi tentang khusyuk ini. Sesungguhnya saya juga masih lemah dalam hal khusyuk ini. Mudah2an dengan memahami serba sedikit tentang permasalahan khusyuk ini kita dapat memperbaiki diri kita supaya kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang lalai. Sebab Allah dah kata;

Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat; (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai dalam solatnya (al-Ma'uun [107] : 4 -5)

Sekian semoga memberi manfaat.

35 comments:

Abd Razak said...

Salam Kak Werdah..

Semoga kakak sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..

Khusyuk itu perlu diusahakan sedaya upaya, mengenal semua makna bacaan yang dibaca ketika solat sangatlah membantu.

Teringat pesan Imam Al-Hakim, "Apabila jiwa tenang, maka hati lapang untuk beribadah kepada-Nya,
memelihara segala ketentuan-Nya, dan melaksanakan semua perintah-Nya."

Wallahu'alam..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

mekasih post berharga buat aku... aku selalu lambat solat

Lynn Nasir said...

salam..

dulu saya selalu mengeluh..lepas je wudhu, terus rasa nk kentut. rasa marah sikit sbb terasa membazir air. pastu nenek saya (dah arwah) kata "tak membazir, kan nak mengadap Allah..biarlah kentut tu, wudhu saja semula".

lega..rasanya perasaan marah tu syaitan punya keje :) syukur nenek saya ada masa tu..

Unknown said...

terima kasih atas post ini akak.
sangat berguna, insyaAllah pasti ada yang sedar atas kekhilafan semasa bersolat termasuk lah diri saya sendiri.

Acik Erna said...

salam..terima kasih sungguh bermakna dan berguna..izinkan untuk dicetak..supaya dapat dikongsi dengan kawan2 lain dan anak2 serta keluarga..terima kasih werdah..

zulkbo said...

salam..
saya setuju sangat dengan
entri anda ini..kita jangan
berpura2 baik dengan Allah
mahupun diri kita sendiri..
ikhlas akan menjadi kusyuk..

tehr said...

sungguh
allah tak untuk atau rugi apa2 atas kelakuan kita
thanks

ckg rash said...

Assalamu'alaikum,

Didoakan agar makcik bertambah sihat. Bagaimana perkembangan prolotherapy yg dibuat?

Satu kisah sahabat untuk menambahkan khuyuk, "Ketika tiba solat, kuSEMPURNAkan wudhukku, aku pergi ke tempat solat, DIAM sejenak(berdoa) kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu kudirikan solat. Aku jadikan KAABAH di depan mataku, SIRAT di bawah kakiku, SYURGA di kananku, NERAKA di kiriku, MALAIKAT MAUT di belakangku & kukira itu solatku TERAKHIR, kemudian aku berdiri di antara BERHARAP & TAKUT, aku bertakbir berSUNGGUH2, membaca dgn TARTIL, rukuk dgn TAWADHUK, sujud dgn KHUSYUK, aku duduk tahiyat awal & akhir dgn IKHLAS & aku tidak tahu apakah solatku diterima @ tidak"

aby said...

salam k werdah,
selps membace sume poin2 yg k werdah tulis, baru aby faham maksud k werdah,
jujur aby kate, aby pun pernah menghadapi situasi mcm tu, terbawe masaalah dalam solat, sehingga bukan saje khusyuk malah teresak esak.
mase tu aby tengah konflik rumah tangga yg berat.
mencurahkan segala kt allah swt semoga aby diberi kekuatan dan kelapangan dalam menghadapi situisi begitu.. ketika solat, kerane pengharapan aby terlalu besar ke allah swt, tu yg jadi 'burst' mase bersolat ...

sekadar satu pengalaman hidup

Werdah said...

Salam Abd Razak.

Kak alhamdulillah sihat, semoga Abd Razak juga demikian.

Benar sangat apa yang dikatakan itu. Untuk mendapatkan khusyuk kita kenalah menghafal dengan mengertikan dulu maksud ayat2 atau perkataan2 yang akan kita ungkapkan dalam solat.

Kemudian bila kita dah faham dan kita serapkan dalam hati maknanya kita tingkatkan lagi khusyuk; sehingga dapat menangis di hadapan Allah swt dalam doa2 kita. Semua ini dijelaskan dalam ayat 106 hingga 110 surah al-Isra'.

Dan tingkatan khusyuk yg paling tinggi ialah dalam ayat 109. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, kerana mereka khusyuk. Kemudian ayat 110 tentang seru dan berdoa dengan menyebut nama Allah asmaul husna...

Kak ada sentuh di sini sebelum ini http://permatainn.blogspot.com/search/label/khusyuk%20dalam%20solat

Begitu juga kebenaran tentang tenang, iaitu dengan sentiasa membina hubungan dengan Allah, bagaimana tak tenang jika kita ingat Allah hati kita tenang.

Werdah said...

Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

Mudah2an memberi manfaat. Terima kasih juga.

Werdah said...

Salam Lynn,

Alhamdulillah ada nenek yang prihatin.

Masalah angin ini pun satu kerunsingan juga, apatah tidak jika kerap sangat kadang-kadang membuatkan solat jadi lambat.

Mungkin kita kena jaga pemakanan kut.Kemudian jika kita rasa itu daripada syaitan eloklah kita mohon perlindungan dengan membaca doa-doa seperti yang nabi anjurkan.

Werdah said...

Salam STORY TELLER

Ya, mari kita sama-sama baiki solat kita, Ya Allah bantulah kami.

Werdah said...

Salam kak Erna.

Silakan kak Erna, mana yang baik boleh dikongsikan semoga ini menjadi satu daripada amalan baik yang diterima Allah.

Werdah said...

Salam zulkbo

Mudah2an kita dapat berusaha bersungguh-sungguh bagi menjadikan kita ikhlas.

Werdah said...

Salam Tehr.

Lebih-lebih pula jika kita memohon seperti kita baca teks kemudian mengganggap Allah Mengetahui apa yang kita hendak.. sikap begini tidak sopan.

Werdah said...

Salam ckg rash

Terima kasih atas doa untuk makcik. Tentang prolo tu setakat ini dah 18 tempat injection. Alhamdulillah kurang sikit sakit. Tinggal yang L4 n L5 tu, tempat yang digam tu masih belum ada perubahan.

Itulah orang yang sentiasa ingat akan Allah dan balasan pada hari akhirat. Dengan sebab itu bertambah khusyuknya, dan dia sentiasa bersiap sedia untuk menemui Allah, dia yakin dapat bertemu Allah dalam solat dan yakin bertemu Allah di akhirat.

Semoga kita dapat berusaha melatih diri.

Werdah said...

Salam aby.

Hanya orang yang berhati lembut sahaja yang dapat menangis. Jadi bagaimana nak dapat hati lembut, banyak sebenarnya selain merasakan kita fakir, kita kena banyak berlapar, banyak menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah dan mengosongkan segala sifat mazmumah daripada hati kita. Bukan sesuatu yang mudah tetapi kita harus berlatih.

Werdah said...

Salam sekali lagi Abd Razak.

Link yang kak maksudkan tu ialah di sini http://permatainn.blogspot.com/2009/11/menyukat-solat-diri.html

Izzah Derham said...

Assalamualaikum,,kak Werdah..
Saya tak mengenali anti pun, namun ana terlihat blog anti dlm blog rakan ana. Dari situ ana tertarik untuk melihat blog anti dan Alhamdulillah, post2 yg anti kemukakan banyak yg mendatangkan manfaat bkn untuk ana jua ttp InsyaAllah untuk ramai lagi mereka2 yg di luar sana =)

Mengenai perihal khusyuk dlm solat nie, ana setuju dgn apa anti tulis.
Sebelum ini ana sering tertanay2,andai kita sedang terkejar2 dgn pelbagai perkara yg perlu disettlekan asap, dlm masa yg same perlu tunaikan kewajiban, adakah dibolehkan untuk ana bersolat secara express?...kini ana sdh beroleh jwpnnya, "lakukanlah ape yg perlu spy solat kita khusyuk"..kalau rs dgn makan terlebih dahulu membuatkan kita senang,maka lakukanlah...

Syukran ya anti (^_^)

Ros Illiyyuun said...

Salam Kak...

Aduh, saya ini selalu tergesa2 solat, terutama waktu zohor dan asar.

Saya mengajar sesi petang, kekadang terpaksa tinggalkan kelas seketika untuk bersolat.

Kena banyak muhasabah ni...

Ibnu Samaon Al-Kuala Lumpury said...

Assalamualaikum Kak Werdah.

Syukran jazilan ya kak atas sambungan bab khusyuk. Saya sangat bersetuju bab ingat Allah diluar solat, agar kita dapat ingat Allah (lebih2 lagi) didalam solat.

Suatu perkongsian, ketika saya sibuk dalam urusan menyeru kawan2 kepada Allah, hati saya justeru jauh lebih tenang bila mengadap-Nya dalam solat. Namun bila saya tak lakukan dakwah kepada masyarakat, 'feel' saya time solat dah kurang.. So, kena sentiasa dalam zikrullah dan amal soleh kalu nak capai khusyuk. insyaAllah.

Kakzakie Purvit said...

Salam Kak Werdah,

Entah mengapa kekadang memang susah utk mendapat kekhusyukan dlm solat, terutama solat ditempat kerja. Sering lepas solat qobliah zuhor, bila melakukan solat zuhor mula lupa dah dua rakaat atau baru satu? Selalu ulang semula....

p/s: masih belajar utk mendapat kekhusyukan itu.

ummu said...

waalaikumussalam kak werdah
membaca tajuk ini saja
sudah membuatkan saya terfikir sendiri
kebetulan khamis lalu
ada rakan sekerja
berkata
seperti tajuk akak ini

dan untuk khusuk solat
sungguh payah kan,kak.

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

salam. tq atas info yg baik ini. semuga memperoleh kesihatan yg baik. amin.

terokai seni said...

ya Allah susahnya nak khusyuk bila ati terpaut dengan dunia...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Izzah,

Ramai di kalangan kita tidak saling mengenal tapi kita rasa mesra. Itulah alam maya yang menghubungkan kita.

Makcik menulis kerana ingin berkongsi maklumat yang makcik dapat. Apa salahnya kita berkongsi agar ramai dapat memanfaatkannya. Dalam hal khusyuk ni, makcik juga masih berusaha sedaya upaya.

Waktu solat Allah dah tentukan waktu-waktunya, jadi seharusnyalah kita bersiap sedia umpama kita ingin bertemu kekasih hati yang jauh lebih tinggi kedudukannya dari kita tetapi bersedia untuk bertemu dengan kita. Jika dalam hal kita nak menghadiri temudugapun kita bersiap sedia inikan pula nak bertemu Allah.

Mudah2an kita sama-sama berusaha meningkatkan kualiti solat kita.

Werdah said...

Salam Ros.

Benar Ros kak juga begitu, dan rasanya ramai antara kita yang sebegini, tak kiralah apa jua keadaan.

Jika diberi kekuatan insyaAllah kak sambung tentang bahasa yang digunakan dalam solat dan tentang hadis "solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat"

Kak jadi teringat seorang pelajar kak, monitor kelas kak, sebaik sahaja selesai mendengar azan dan berdoa selepas azan beliau akan minta izin keluar kelas untuk solat sedangkan ketika itu kelas masih berjalan. Sekarang baru mengerti yang beliau ini sentiasa ingat Allah dan sentiasa bersedia menjawab panggilan Allah.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ibnu Samaon.

Alhamdulillah, sekarang kita dah faham serba sedikit bab khusyuk ini, jadi kita kena melatihkan diri sentiasa ingat kepada Allah.

Itulah agaknya para sahabat Nabi dan orang-orang terdahulu dapat khusyuk kerana mereka faham dan mereka mengenepikan hal-hal dunia sebaliknya sentiasa merindui Allah SWT.

Jauhnya kita dengan mereka.

Bila kita mengajak orang lain ke arah kebaikan, insyaAllah kita juga akan mengingatkan diri kita agar berusaha keras.

Werdah said...

Salam kakZakie.

Itu namanya waswas, dilakukan oleh syaitan. Untuk elakkan waswas kita diingatkan sentiasa memohon perlindungan Allah, kemudian kita kena persiapkan fizikal dan mental kita. Oleh itu kita tak boleh tergesa-gesa.

Jadi jika kita ingin bermunajat dalam solat kita, kenalah bersedia lebih awal daripada segala segi.

Masalah kita sekarang ialah, kita terikat dengan budaya yang tidak merujuk kepada al-Quran dan sunnah nabi seperti terikat dengan jadual kerja dan sebagainya lebih-lebih lagi yang melibatkan mesin-mesin.

Dalam hal doktor dan pesakit ada fatwa mengatakan boleh dahulukan pesakit yang kritikal jika kebetulan semasa melakukan pembedahan bagi pesakit tersebut.

Werdah said...

Salam ummu.

Ya ummu, seperti yang kak katakan dalam N3 ini, kak juga masih lemah dalam hal mencapai khusyuk ini. Apatah lagi sehingga dapat menitiskan air mata bermunajat kepadaNYA.

Masih berusaha sedaya upaya.

Werdah said...

Salam Hajah Nafisah

Terima kasih atas doa, semoga hajah juga diberikan kekuatan dan kesihatan dan memperoleh kebaikan yang banyak.

Sekadar berkongsi apa yang dipelajari. Semoga bermanfaat.

Werdah said...

Salam cemomoi.

Benar sangat, sebab itulah orang-orang terdahulu takut sangat dengan dunia. Dan Nabipun menolak tawaran gunung emas. Rupa-rupanya itulah yang meyebabkan tidak khusyuk.

Bagaimanapun jika kita tahu gunakan dunia sebaik-baiknya, kita akan dapat meraih khusyuk.

Melatidaisy said...

salam alaik makcik werdah :)

semoga makcik dalam rahmat Ilahi sentiasa.

syukran utk perkongsian ilmu ni..sgt susah utk dapatkan solat yg khusyuk. nikmat khusyuk jauh lebih hebat dr nikmat2 yang lain.. semoga kita dipertemukan dengan nikmat ini..ameen..

Werdah said...

Melatidaisy... salam atasmu juga..

Terima kasih atas doa melati kepada makcik.. semoga dfirimu juga beroleh rahamat dan redha Allah.

Semoga kita dapat berusaha sedaya upaya memperoleh khusyuk dalam solat ini.. itulah sebenar2 nikmat. Allahumma Amiin

Related Posts with Thumbnails