Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istqamah mengikuti baginda.
Hari ini ingin meneruskan tentang tadabbur yang telah lama tertunda.
Allah berfirman:
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (Muhammad 47:24)
Perkataan tadabbur dalam ayat di atas bermaksud berusaha memahami al-Quran dengan lebih mendalam.
Rasulullah saw telah memberitahu kita bahawa al-Quran adalah sebaik-baik kitab, sangat istimewa, jika kita tak berusaha mendapatkan manfaat daripadanya tentu kita amat rugi.
Contohnya begini, jikalah kita mempunyai alat teknologi yang canggih seperti telefon yang mahal, ada GPS ada internet dan lain-lainnya, tetapi kita tak mampu menggunakan semaksimanya disebabkan kita tidak berpengetahuan; maka manfaatnya tidak dapat diambil lalu sekadar menelefon atau sms. Jika diberi kepada pakar ICT tentulah manfaatnya lebih lagi. Demikianlah al-Quran. Al-Quran pula lebih daripada peralatan canggih.
Dalam sebuah hadis bersumber daripada 'Ali bin Abu Talib, diriwayatkan oleh Imam Tirmizi: 'Ali bin Abu Talib berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: Ketahuilah wahai 'Ali, sesungguhnya suatu hari nanti akan ada fitnah/ujian yang sangat besar/berat/ ramai tak dapat lari daripada fitnah itu". Aku bertanya bagaimana jalan keluarnya ya Rasulullah! (menyelamatkan diri daripada fitnah). "Wahai 'Ali, satu-satunya cara untuk keluar daripada fitnah itu ialah kembali kepada kitab Allah kerana kitab ini mengkhabarkan perkhabaran yang berlaku kepada umat sebelum kamu, dan perkhabaran yang berlaku kepada umat sekarang dan umat selepas kamu (esok, lusa, alam barzakh, alam akhirat). Al-Quran juga merupakan kitab pemutus antara kamu bila ada perbalahan. Al-Quran merupakan ketetapan Allah yang tidak boleh diubah-ubah dan bukan gurauan. Siapa yang meninggalkan al-Quran dengan sebab kesombongan pasti Allah akan memeranginya dan sesiapa yang mencari petunjuk selain petunjuk al-Quran nescaya Allah SWT akan menyesatkannya. Al-Quran adalah tali Allah yang sangat kuat dan peringatan yang sangat bijaksana dan dia adalah jalan yang lurus, dan al-Quran ialah kitab yang tidak dapat dikelirukan atau dipesongkan oleh hawa nafsu. Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang tidak pernah bercampur dengan perkataan manusia, 100% asli daripada Allah SWT dan para pengakji al-Quran tidak pernah merasa kenyang apabila mengkajinya, semakin dikaji semakin lapar kerana masih ada penemuan-penemuan baru. Al-Quran tidak akan binasa walaupun ramai yang menentangnya; al-Quran penuh dengan keajaiban-keajaiban, jin tidak henti-henti mendengar hingga ia berkata 'al-Quran memberi petunjuk jalan kepada kami". Siapa sahaja yang bercakap berdasarkan al-Quran pasti cakapnya boleh dipercayai dan siapa yang beramal dengannya pasti diberikan ganjaran, siapa yang berhukum dengannya pasti 'adil. Siapa yang menyeru kepada al-Quran pasti dia akan diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk ke jalan lurus".. Ini sebahagian sahaja yang diberikan oleh Rasulullah SAW.
Jika kita ditanya tentang bukti kemukjizatan al-Quran, kita hanya akan dapat menjawab sekiranya kita tadabbur.
Dalam ayat 24 Surah Muhammad di atas menjelaskan bahawa inilah satu-satunya ayat yang menyuruh kita tadabbur. Orang yang tidak memahami al-Quran mungkin puncanya daripada dua sebab iaitu sama ada:
Pertama: Kerana orang itu belum mentadabbur (sengaja tidak mahu berusaha memahami)
Kedua : Kerana hati orang itu telah tertutup (wal'iyazubillah).
Kita mesti yakin bahawa jika kita belum lagi dapat memahami al-Quran bukanlah bererti hati kita tertutup tetapi adalah disebabkan kita belum mentadabbur.
Perkataan tadabbur ini berasal daripada kata dasar duburun ( dal ba' ra') yang bermaksud belakang. Maksudnya kita mengekorinya dari belakang. Al-Quran membawa kita, kita mengekorinya, umpama kita naik kereta yang dipandu oleh pemandu kenderaan. Kita akan ikut ke mana sahaja yang dibawa oleh pemandu. Al-Quran kata; ikut saya dari belakang, al-Quran ajak kita buat yang baik tinggalkan yang tak baik.
Pengertian tadabbur menurut pakar bahasa al-Quran, Imam Arrabib al-Isfahani ialah kita baca al-Quran bukan sambil lalu, kita tidak perlu risau dengan suara kita, panjang pendek nafas kita, tetapi yang perlu kita buat ialah berfikir tentang apa kandungannya, hingga ke satu peringkat kita dapat mengetahui mana yang hak dan mana yang batil. Kemudian setelah kita tahu kita kena beramal dengannya. Yang paling penting FIKIR.
Berkenaan tadabbur ni, saya telahpun menulis beberapa N3 sebelum ini dengan al-Fatihah sahaja ada beberapa N3 iaitu dalam label al-Fatihah dan beberapa yang lain daripada tajuk asmaulhusna yang kebanyakannya hasil daripada tadabbur dan yang terkhir ialah Maaliki Yaumiddin.
Sedang dalam perancangan nak sambung dengan iyyaka na'budu waiyyakanasta'iin.. dan seterusnya jika diberikan kekuatan oleh Allah SWT. InsyaAllah.. Allahumma Amiin.
11 comments:
السلم عليكم ورحمة الله
Moga Kakak sihat hendaknya di sana serta sentiasa dalam perlindungan Allah Taala...
Seharusnya yang menjadi bacaan diutamakan adalah Al Qur’an. Ini adalah makanan rohani kaum muslimin. Al Qur’an itu asli, kebenarannya pasti dan ilmunya langsung dari Ilahi.
Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah~Nya kepada kita semua sehingga kita menjadi orang-orang yang mencintai Al-Quran, membacanya, menghafalkannya, memahaminya dan mengamalkannya.
seduhnya, pada akhir zaman ni nampaknya banyak orang menjual al-Quran untuk keuntungan dunia yang sedikit
Abd Razak, wa'alaikumussalam warahmatullah wabarakaatuh.
Alhamdulillah kak sihat, semoga Abd Razak juga sihat dan sentiasa diberi perlindungan oleh Allah SWT.. Allahumma Amiin
InsyaAllah mencuba memahami sebaik mungkin ayat-ayat Allah, proses menghafal akan diusahakan sedaya upaya.. banyak lagi yang perlu diusahakan (em senja sangat dah ni).. semoga dipermudahkan.. Taufik dan hidayahNya akan dipohon sentiasa buat semuanya.
Salam Cemomoi..
InsyaAllah kita usahakan mentarbiyah diri kita dan ahli keluarga terdekat dahulu.. mudah2an kita sentiasa diberi perlindungan atas usaha gigih kita..
Kepada yang berkeadaan seperti ini kita doakan mereka ya.. Allahumma Amiin.
salam k werdah,
sebagai makluk allah yg di kurniakan alquran, telah diterangkan dalam ilmu2 utk diri sendiri ia itu ilmu2 fardhu ain dan fardhu kifayah, ilmu2 masyarakat, ilmu2 antara semua manusia ciptaannya dan juge ilmu antara manusia dan mahluk lain iaitu ilmu2 yg melibatkan sains dan teknologi ..
terpulang utk kita menerokai ilmu2 didalam alquran tu ...
Wa'alaikumussalam aby
Allah menernagkan dalam banyak ayat.. al-Quranul Kariim, al-Quranul Mubin, al-Quranul Hakiim dan lain-lain.
Tidak lain tidak bukan untuk menyatakan kepada kita bahawa inilah kitab yang akan membawa kita kepada kejayaan dunia dan akhirat jika kita berusaha memahami, memikirkannya dan beramal dengannya, insyaAllah.. mudah2an kita dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh.
paling teruk bile orang mmpermainkan al Quran, putar belit lalu tafsir ikot nafsu, ceh haktui!
Salam Hasrul
Semoga Allah membuka simpulan dalakm hati mereka yang memutarbelit tu..
Salam :)
Semoga Makcik sihat hendaknya.
Semoga saya juga berusaha untuk mengikuti al-Qur'an yang sentiasa di depan.
Wa'alaikumussalam Ros
Alhamdulillah makcik sihat. Semoga Ros juga sihat di sana dan ceria bersama anak didik.. amiin
InsyaAllah mudah2an kita semuanya dapat berusaha ke arah memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran. Senoga Allah bantu orang yang berusaha.. amiin
Allah sent down al-quran and protect it Himself...allahuakbar
Post a Comment