Wednesday, August 19, 2009

Kikir atau Bakhil Tanda Tidak Bersyukur - Ingatan kepada diri sendiri

Assalamu'alaikum,


Pernah diceritakan oleh Rasulullah saw tentang tiga orang yang berpenyakit. Orang pertama sakit sopak, yang kedua rambut gugur dan yang ketiga buta. Setelah seorang tabib datang merawat ketiga2 orang yang sakit itu, sembuhlah sakitnya. Selepas beberapa waktu lelaki yang mendapat sakit sopak itu didatangi oleh seorang peminta sedekah yang sakit sopak, sayangnya peminta sedekah yang ada sopak ini tidak mendapat apa2 sedekah walaupun satu dirham.


Selang beberapa ketika pula, lelaki yang rambutnya gugur didatangi seorang peminta sedekah yang juga sakit rambut gugur, namun nasibnya sama seperti nasib peminta sedekah yang sopak mengunjungi rumah bekas pesakit sopak. Sementara itu lelaki buta yang telah sembuh daripada buta didatangi oleh seorang peminta sedekah yang buta. Nasib peminta sedekah buta ini agak baik kerana lelaki yang telah dapat melihat semula setelah diubati oleh seorang tabib sebelum ini tetap bersyukur dengan kurnia Allah, apatah lagi dengan matanya yang dapat melihat dia lebih mudah mendapatkan rezeki.


Tiba2 lelaki buta peminta sedekah ini menyatakan dia tak memerlukan wang atau harta yang dimintanya tadi, dia menyatakan dia tak memerluka harta dan wang dirham dalam kehidupannya kerana dialah malaikat yang datang untuk kali kedua menyamar sebagai manusia. Kali pertama dia datang sebagai tabib yang mengubati ketiga2 pesakit iaitu pesakit sopak, gugur rambut dan juga buta.


Menurut malaikat itu dia datang kepada ketiga2 manusia itu untuk menguji apakah mereka tergolong dalam kalangan orang2 yang bersyukur setelah sekian lama menghidap penyakit, lalu dia tahu hanya seorang sahaja yang bersyukur dengan nikmat yang Allah beri kepadanya. Orang buta ini yang dah sembuh ini bersyukur lantaran itu dia tidak bakhil untuk bersedekah, lebih2 lagi dia tahu betapa peritnya menjadi orang buta, jadi apabila dia sembuh daripada sakitnya, amat besarlah syukurnya kepada Allah Yang Maha Pengasih itu.


Kekayaan ada kalanya tidak memberi apa2 erti kepada pemiliknya terutama orang ditimpa penyakit. Seseorang yang sakit kadang2 selera nak makan tidak ada, walaupun makanan enak dan banyak terhidang di depan mata, lebih2 lagi jika doktor telah menetapkan beberapa pantang larang terhadap beberapa jenis makanan. Andaikata orang itu sembuh daripada sakit hendaklah dia bersyukur dan janganlah kikir.


Ya Allah lindungilah daku daripada sifat bakhil dan kedekut.

2 comments:

Guru said...

takut gak menyamar ni...
sekarang kan ramai peminta sedekah
manalah tahu salah seorang tu malaikat...

Werdah said...

itulah yang kita tak tahu..
susah juga nak kenalpasti menyamar ke tak..
jd kalau nak ikut nasihat dalam entri ni kita kena ikhlas dan bertawakkal hanya kepada Allah.
kita beri setakat yang mampu niat krn Allah, mohon perlindungan daripada Allah n then that's it.. tutup cerita. wallahu'alam

Related Posts with Thumbnails