Bismillahirahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Segala puji bagi Allah pentadbir seluruh
alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat
serta pengikut setia hingga ke hari kiamat.
Hari ini berkesempatan mendengar dan
mencatat hasil dengar kuliyah tentang Al-Intiqad - Muhasabah diri - menghisab diri iaitu salah satu sifat
mahmudah yang perlu dimiliki oleh setiap insan yang beriman. Kita hendaklah sentiasa muhasabah diri secara
bersungguh-sungguh sehingga kita dapat mengetahui kelemahan dan kekurangan diri.
Dasar hukum yang pertama ialah Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.(Al-Hasy-r 59:18)
Ayat ini membicarakan:
1) Tentang takwa - memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah imma di dunia (bencana) atau di akhirat (azab). Ini sama ada kita tinggalkan perintah atau melanggar perintahNya. Jadi setiap saat apa yang dilalui dalam hidup kita hendaklah kita pastikan tidak menyebabkan dapat bencana dan azab.
2) hendaklah diri itu / setiap daripada kita memperhatikan diri/ melihat/ mengkaji/ membuat penilaian/ check and recheck terhadap apa yang dilakukan untuk bekalan hari esok. (disuruh lihat apa yang telah dibuat bagi bekalan hari esok) adakah ini bekalan atau bebanan. Kalau apa yang dibuat merupakan bekalan untuk hari esok adakah kita masih memeliharanya hingga saat ini supaya tidak lenyap? Jika kita buat yang merupakan bebanan sudahkan kita menghapuskan atau memadamkannya?
Melakukan perintah ini hendaklah secara terus menerus. Ayat ini dimulakan dengan ittaqullah dan ditutup dengan ittaqullah ( feel amar), di tengah-tengahnya pula perintah supaya kita intiqad/muhasabah juga guna feel amar. Perintah muhasabah ini juga menggaunakan feel mudhari' iaitu "waltandzur". (harap dapat cari ya apa itu feel mudhari')
Ini amat penting untuk kita fahami kerana perintah ini diletakkan antara dua perintah takwa sehingga ketakwaan seseorang itu jadi sempurna jika orang ini menjadikan muhasabah sebagai satu budaya dalam hidupnya.

Hingga ada orang berpendapat bahawa
muhasabah ialah seseorang itu sentiasa memperhatikan/melihat tentang modal, untung dan
tentang kerugiannya supaya dia dapat mengetahui berapa kadar penambahan atau pengurangan. Modalnya
ialah perkara yang diperintahkan (fardhu ) yang wajib. Keuntungannya pula ialah
amalan sunat manakala kerugian pula ialah maksiat.
Pengertian pertama ini jika orang itu hanya
setakat mengerjakan yang fardhu sahaja maka setakat modal sajalah, tak untung dan tak rugi. Jadi jika
nak untung buatlah yang sunat juga jika maksiat mengatasi yang fardhu dan sunat maka
rugilah.
Muhasabah ini termasuk amalan hati tidak mudah
dilakukan kecuali dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Muhasabah mengikut ibnul haj ialah menahan
diri dan mengarahkan pencaindera kepada perkara yang baik, mengurus masa dengan
sempurna, mendahulukan yang lebih penting daripada yang penting.
Dasar hukum yang kedua daripada hadis
riwayat Imam Baihaqi; Imam Termizi dan Ibnu Majah; Rasulullah SAW bersabda;
"Orang yang bijak ialah orang yang dapat mengawal hawa nafsunya, banyak
beramal / berbuat bagi bekalannya selepas kematiannya. Orang lemah/ rugi ialah orang yang sentiasa mengikutkan hawa nafsu tetapi berangan-angan nak dapat ganjaran daripada
Allah SWT"
Apa yang dicatat ini adalah hingga ke minit
22.. Nasihat buat diri ini dan pembaca, marilah kita bermuhasabah/
menyemak diri..dan merisaukannya..
Semoga memberikan manfaat buat qalbun kita.. dan memperbaiki diri.. Aamiin.
Semoga memberikan manfaat buat qalbun kita.. dan memperbaiki diri.. Aamiin.