Sunday, November 8, 2009

Nasihat Saidina Ali ra ttg Taubat

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Diriwayatkan daripada Saidina Ali ra; bahawa seorang lelaki selepas solat lantas berdoa katanya : "Ya Allah ya Tuhanku, aku bertaubat kepadaMu sekarang juga". Apabila Saidina Ali ra mendengar doa org itu lantas dia berkata:

Wahai anda yg sdg berdoa sesungguhnya taubat yg engkau lakukan secara semberono adalah taubat yg dusta, dan taubatmu memerlukan satu taubat yg lain".

Lelaki itu bertanya; "Wahai Amirul Mukminin Saidina Ali, sekiranya engkau menyuruh aku bertaubat yg lain pula, maka apakah sebenarnya taubat itu, tolonglah terangkan kpd saya".

Saidina Ali berkata : "Adapun yg dikatakan taubat itu ada enam pengertian:

Yg pertama, sekiranya kamu melakukan dosa yg lalu maka taubatnya ialah hendaklah kamu menyesal sgl keslahan dan dosa kamu.

Yg kedua, jika kamu melakukan keslahan dan dosa kpd Allah SWT kerana meninggalkan perintah yg wajib, maka hendaklah kamu mengerjakan semula kewajiban yg telah ditinggalkan itu.

Yg ketiga, sekiranya kamu melakukan kezaliman kpd org lain maka taubatnya ialah bahawa wajib bagi kamu memulangkan semula apa2 juga yg berlaku kpd org itu sehingga tiada lagi yg bersangkutan dgn org yg kamu zalimi itu dan dia pula memaafkan sgl penginayan kamu kpdnya.

Yg keempat, maka sekiranya kamu melakukan maksiat sehingga diri dan jiwamu sebati dgn maksiat itu, maka demikianlah juga kamu wajib melakukan taat kpd Allah sehingga jiwamu sebati dgn ketaatan itu.

Yg kelima, sebagaimana lazat dan manisnya maksiat yg kamu lakukan, maka demikianlah pula kamu lakukan ketaatan sekalipun pahit.

Yg keenam, sekiranya kamu melakukan maksiat kpd Allah dlm keadaan gembira dengan gelak ketawa, maka sampailah giliran kamu menangis menyesali dosa yg kamu lakukan itu beserta mengerjakan sgl ketaatan kpd Allah SWT.

Demikianlah pengertian taubat menurut Saidina Ali ra, bahawa urusan taubat itu bukanlah satu tugas sampingan yg dibuat sambil lewa dan tergopoh gapah, walupun lidah menyebut tetapi tidak menjadi satu permohonan taubat yg sebenar.

Taubat dgn lidah tanpa memperlihatkan benar2 taubat atau penyesalan terhadap kesalahan atau dosa2 lampau, hanyalah permainan lidah. Jika mengekalkan perbuatan itu akan menjadi satu dosa pula, kerana menurut Saidina Ali, perbuatan itu merupakan pendusataan kpd Allah swt. Saidina Ali menyifatkan taubat spt ini adalah dusta, taubatnya bkn sahaja tidak menggugurkan dosa malah bertambah pula dosa, krn berdusta.

Dosa meninggalkan perkara2 wajib bermakna berhutang, bila berhutang wajib dibayar, umpamanya jika meninggalkan solat seseorg itu kena kira berapa jumlah solat yg ditinggalkan kmd mengqahakannya, begitu juga ibadat yg lain, kerana jika tak menggantikan yg tertinggal bermakna taubatnya tidak memenuhi syarat.

Saidina Ali juga menjelaskan jika melakukan kezaliman kpd org lain, tidak dpt tidak seseorg yg ingin bertaubat kena mendptkan kemaafan dpd org yg dizalimi, jika berhutang perlu dibayar terlebih dahulu, jika mencuri perlu dikembalikan barang yg dicuri sehingga org yg dizalimi berpuashati. Apabila selesai baharulah permohonan maaf dikemukakan kpd org itu.

2 comments:

Solehah said...

terima kasih aasa artikel ni..

Werdah said...

Salam Solehah,

sama2 mudah2an dpt mengingatkan diri sendiri juga.. amiin

Related Posts with Thumbnails